Halaman 273
Tarjuman
Bahasa Melayu
55. Biarkan mereka tidak bersyukur akan nikmat-nikmat yang Kami berikan kepada mereka. Oleh itu, bersenang-lenanglah kamu (sementara di dunia), kelak kamu akan mengetahui (akibatnya).
56. Dan mereka menyediakan keperluan bagi berhala-berhala yang mereka tidak mengetahui hal keadaannya sebahagian daripada harta benda yang Kami kurniakan kepada mereka. Demi Allah! Sesungguhnya kamu akan ditanya tentang apa yang kamu ada-adakan.
57. Dan mereka mengatakan Allah mempunyai anak-anak perempuan. Maha Suci Dia, sedangkan mereka sendiri memperuntukkan apa yang mereka sukai.
58. Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang daripada mereka bahawa dia beroleh anak perempuan, wajahnya berubah menjadi hitam (merah padam) dalam keadaan menahan perasaan marahnya dalam hati.
59. Dia bersembunyi daripada orang ramai kerana berita buruk yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memelihara anak dalam keadaan yang hina atau dia akan menanamnya hidup-hidup di dalam tanah? Ingatlah! Sungguh jahat apa yang mereka putuskan itu.
60. Orang yang tidak beriman kepada hari akhirat itu mempunyai sifat yang buruk, dan Allah memiliki sifat yang tertinggi dan Dia jua Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
61. Dan kalaulah Allah menyeksa manusia disebabkan kezaliman mereka, tentulah Dia tidak membiarkan di muka bumi sesuatu makhluk yang melata, tetapi Dia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu, kemudian apabila sampai masa mereka, tidak dapat dikemudiankan sesaat pun dan tidak dapat dipercepatkan sesaat pun.
62. Dan mereka mengadakan bagi Allah apa yang mereka sendiri tidak menyukainya, lidah mereka memperkatakan perkara yang dusta, bahawa mereka akan beroleh kesudahan yang baik di sisi Allah. Tidak syak lagi bahawa nerakalah bagi mereka dan merekalah orang yang disegerakan (masuk ke dalamnya).
63. Demi Allah! Sesungguhnya Kami juga telah mengutus rasul-rasul kepada umat-umat yang terdahulu daripadamu, lalu syaitan memperelokkan pada pandangan mereka yang ingkar akan amal-amal mereka yang jahat itu, maka dia menjadi pemimpin mereka pada hari ini. Mereka akan beroleh azab yang pedih.
64. Dan kami tidak menurunkan al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) melainkan supaya engkau menerangkan kepada mereka akan apa yang mereka berselisihan padanya dan supaya menjadi petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman.
English
55. So they deny that which We have given them. “Enjoy it then, but in time you will know.”
56. And they appoint a share of that which We have provided them to what they know not. By Allah, you shall most certainly be questioned about what you used to forge.
57. And they appoint for Allah daughters. Glory be to Him, whereas for themselves (they would choose) what they desire.
58. And when any one of them is given the tidings of (the birth) of a female, his face becomes black and he is full of grief.
59. He hides himself from his people because of the evil of what he has been informed. “Should he keep it with disgrace, or should he bury it alive in the dust?” Surely evil is that which they judge.
60. The attributes of those who believe not in the Hereafter is evil, but the attributes of Allah is the loftiest, for Heist he All-Mighty, the All-Wise.
61. And if Allah were to seize mankind because of their wrongdoing, not a living creature would He leave on it (i.e. the earth), but He postpones them to a fixed term, so when their term comes, they cannot delay it by an hour, nor can they advance it.
62. And they appoint for Allah what they (themselves) dislike, and their tongues utter the lie that they will have the best of everything. Without any doubt for them is the Fire, and surely they are being hastened (into it).
63. By Allah, most surely We sent (Messengers) to communities before
you, then Satan made their (evil) deeds seem fair to them, so he is their
patron today, and for them is a painful torment.
64. And We have not sent down this Book upon you, except that you may
make clear to them that in which they differ, and as a guidance and mercy for a people who believe.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi

