j14h268-Surah Al-Nahl

Halaman 268

Tarjuman
Bahasa Melayu

7. Dan haiwan-haiwan itu pula membawa barang-barang kamu ke mana-mana negeri yang kamu tidak dapat sampai kepadanya melainkan dengan susah payah. Sesungguhnya Tuhan kamu amat melimpah belas kasihan dan rahmat-Nya.

8. Dan (Allah menjadikan) kuda, baghal dan keldai untuk kamu menunggangnya dan untuk menjadi perhiasan. Dia menjadikan apa yang kamu tidak mengetahuinya.

9. Dan ke hadrat Allah jualah urusan menerangkan jalan yang lurus, dan antara jalan-jalan yang dituju ada yang terpesong daripada kebenaran. Jika Dia kehendaki, tentulah Dia memberi petunjuk kepada kamu semua.

10. Dia-lah yang menurunkan hujan dari langit, sebahagian daripadanya untuk minuman kamu dan sebahagian lagi menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, padanya tempat kamu menggembala haiwan ternakan.

11. Dia juga menumbuhkan bagi kamu tanam-tanaman dan pohon-pohon zaitun, tamar, anggur dan juga daripada segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir.

12. Dan Dia menundukkan bagi kamu malam dan siang, matahari dan bulan, bintang-bintang ditundukkan dengan perintah-Nya (untuk keperluan-keperluan kamu). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mahu memahaminya.

13. Dan apa-apa jua yang dijadikan untuk kamu di bumi yang berlainan jenis dan warnanya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda (keesaan Allah) bagi kaum yang mahu mengambil pengajaran.

14. Dan Dia (Allah) yang menundukkan laut (sehingga boleh dilayari di permukaannya atau diselami di dasarnya), supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut (ikan) dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya. Kamu melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurniaan-Nya. Mudah-mudahan kamu bersyukur.

English

7. And they carry your loads to a town which you could not reach except with distress of the souls. Most surely your Lord is Full of Kindness, Most Merciful.

8. And (He has created) horses, and mules, and donkeys that you may ride them, and as a source of beauty, and He goes on creating what you know not.

9. And it rests with Allah alone to show the right path, but there are (also) some crooked ways. And had He willed, He could surely have guided you all.

10. It is He who sends down water from the sky for you, from it you drink, and from it (grows) trees which you use as pastures.

11. With it He causes to grow for you fields (of corn), and olives, and dates, and grapes, and all kinds of fruit. Surely, there is a sign in this for people who reflect.

12. And He subjected to you the night and the day, and the sun and the moon. And the stars are subjected by His command. Surely, there are signs in this for people who understand.

13. And what He has created for you on the earth of different kinds of colours. Surely, there is a sign in this for a people who take heed.

14. And it is He who subjected the sea that you may eat fresh meat from it, and you seek to take out from it ornaments which you wear, and you see the ships cleaving through it, so that you may seek of His grace and
that you may give thanks.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
STEM-Q