Halaman 582
Tarjuman
Bahasa Melayu
1. Tentang apakah mereka saling bertanya?
2. Tentang berita yang besar, (berita kebangkitan manusia hidup semula untuk menerima balasannya).
3. Yang mereka berselisihan mengenainya.
4. Jangan sekali-kali (mereka bersikap demikian!) Mereka akan mengetahui (dengan yakin tentang kebenaran hari balasan itu).
5. Sekali lagi jangan! Mereka akan mengetahui kelak (tentang apa yang akan menimpa mereka).
6. Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan?
7. Dan gunung-ganang sebagai tiang pasaknya,
8. Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasangan,
9. Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat,
10. Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian,
11. Dan Kami telah menjadikan siang, masa untuk membina kehidupan,
12. Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh,
13. Dan Kami telah menjadikan lampu pelita yang terang-benderang cahayanya (matahari),
14. Dan Kami telah menurunkan dari awan, air (hujan) yang mencurah-curah.
15. Untuk Kami tumbuhkan dengan air itu, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan.
16. Serta kebun-kebun yang subur rendang pokoknya?
17. Sesungguhnya hari pemutusan hukum itu, adalah satu masa yang ditentukan.
18. laitu hari ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang secara berkumpulan,
19. Dan (pada masa itu) langit dibuka, maka terdapatlah beberapa pintu,
20. Dan gunung-ganang diterbangkan ke angkasa, lalu ia menjadi seperti debu yang berterbangan.
21. Sesungguhnya Neraka Jahanam ada tempat pemerhatian (untuk mengawasi isi neraka).
22. Untuk orang yang melampaui batas hukum Tuhan, sebagai tempat kembalinya.
23. Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya.
24. Mereka tidak dapat merasai udara yang segar di dalamnya dan tidak pula sebarang minuman.
25. Kecuali air panas yang menggelegak dan air nanah.
26. Sebagai balasan yang sesuai (dengan amal mereka yang buruk).
27. Kerana sesungguhnya mereka dahulu tidak mengambil ingatan terhadap hari hitungan amal,
28. Dan mereka telah mendustakan akan ayat-ayat Kami dengan pendustaan yang sebenar,
29. Dan segala sesuatu, telah Kami hitung dan catat secara bertulis dalam suatu kitab.
30. Oleh itu, rasakanlah (azab yang disediakan), kerana Kami tidak akan melakukan yang lain selain menambah pelbagai azab kepada kamu.
English
- What are they asking one another about?
2. About the great news!
3. That in which they differ.
4. No, they will soon know.
5. Again No! They will soon know.
6. Have We not made the earth as a cradle?
7. And the mountains as bulwarks?
8. And We have created you in pairs?
9. And We have made your sleep as repose?
10. And We have made the night as a covering?
11. And We have made the day for livelihood.?
12. And We have built above you seven strong (heavens)?
13. And We have made a glowing lamp (sun)?
14. And We have sent down from the clouds abundant water.
15. That We may bring forth therewith grains and vegetables.
16. And gardens of luxurious growth.
17. Surely the Day of Decision is an appointed time,
18. The day when the Trumpet will be blown, and you will come forth in crowds.
19. And the heaven shall be opened, and become as gates,
20. And the mountains shall be moved away and become as a mirage.
21. Surely Hell is as a place of ambush.
22. A home for the transgressors.
23. They will abide therein for ages.
24. They will not taste therein neither coolness nor any drink,
25. Except boiling liquid and yellow fluid discharge (from dirty wound),
26. A recompense corresponding (to their sins).
27. Surely they did not hope for a reckoning.
28. And they rejected Our signs completely.
29. And We have recorded everything in a Book.
30. “Therefore taste, for We will not increase you, but in torment.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Khulasah Al-Quran


