j30h583-Surah Al-Naba’ & Al-Nazi’at

Halaman 583

Tarjuman
Bahasa Melayu

31. Sesungguhnya orang yang bertakwa, disediakan syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini.

32. (Mereka akan beroleh) kebun-kebun dan buah anggur,

33. Dan perawan-perawan yang sebaya umurnya,

34. Dan gelas yang penuh berisi dengan minuman.

35. Mereka tidak mendengar di dalam syurga itu perkataan yang sia-sia dan tidak pula perkataan yang dusta.

36. Sebagai balasan daripada Tuhanmu, iaitu satu limpah kurniaan yang amat luas.

37. Tuhan yang mentadbir tujuh petala langit dan bumi serta apa yang ada di antara kedua-duanya, Tuhan Yang Maha Pemurah, tidak ada sesiapa pun diberi kuasa berkata-kata dengan-Nya.

38. Pada masa Jibril dan malaikat-malaikat yang lain berdiri bersaf-saf (menunggu perintah Tuhan), tidak ada yang berani berkata-kata melainkan sesiapa yang diizinkan oleh Tuhan Yang Maha Pemurah, serta dia berkata benar.

39. Itulah hari yang pasti akan berlaku, maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, nescaya dia mengambil jalan kembali kepada Tuhannya.

40. Sesungguhnya Kami telah memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa tibanya), iaitu hari seseorang akan melihat apa yang telah diusahakannya dan orang yang kafir akan berkata, “Alangkah baiknya kalau aku dahulu adalah tanah.”


1. Demi (malaikat-malaikat) yang mencabut nyawa dengan keras,

2. Dan demi (malaikat-malaikat) yang mencabut nyawa dengan cara yang selembut-lembutnya,

3. Dan demi (malaikat-malaikat) yang cergas bergerak (menerima perintah) dengan cepat.

4. Dan demi (malaikat-malaikat) yang berlumba-lumba mendahului (menjalankan tugasnya) dengan bersungguh-sungguh.

5. Dan demi (malaikat-malaikat) yang mengatur urusan pentadbiran alam yang diperintahkan kepadanya.

6. Pada hari berlakunya tiupan pertama yang menggoncangkan alam.

7. Tiupan pertama itu diikuti oleh tiupan kedua.

8. Hati (manusia) pada hari itu berdebaran ketakutan.

9. Pandangannya tunduk gerun.

10. Mereka (yang ingkar) berkata, “Apakah benar kita dikembalikan hidup seperti keadaan di dunia dahulu?”

11. “Bolehkah kita (dihidupkan semula) sesudah kita menjadi tulang yang hancur?”

12. Mereka berkata lagi, “Kalaulah berlaku yang demikian, sudah tentu kembalinya kita itu satu perkara yang merugikan!”

13. (Menghidupkan semula tidaklah sukar), kerana berlakunya perkara itu hanyalah dengan satu tiupan (daripada sangkakala yang kedua) sahaja.

14. Maka dengan serta-merta mereka berada hidup di muka bumi.

15. Adakah sudah sampai kepadamu (wahai Muhammad) kisah Musa?

16. Ketika dia diseru oleh Tuhannya di Wadi Tuwa yang suci.

English

31. Surely for the pious there is a place of triumph. 

32. Gardens and vineyards. 

33. And maidens of equal age. 

34. And a full cup (of heaven’s drink). 

35. They will not hear therein any idle talk, nor lying. 

36. A reward from your Lord, a gift according to their best deeds.

37. (From) the Lord of the heavens and the earth, and what is between them from the Most Gracious they shall possess no power to address Him. 

38. The day when the al-ruh (Gabriel) and the angels will stand in ranks, they shall not speak except when the Most Gracious permits and will speak what is right. 

39. This is the True Day, so whoever wills, let him seek a place with his Lord (through obedience).

40. Surely We have warned you of a near torment, the day when man will see what his two hands have sent forth, and (when) the disbeliever will say: “O! I wish that i would have been dust.”


1. By those (the angels) who drag forth (the soul of the disbelievers) with violence. 

2. And by those who gently draw out (the souls of the believers). 

3. And by those who float along swiftly. 

4. Then by those who race with one another. 

5. And by those who regulate the commands (of Allah).

6. The day the quaking one shall quake, 

7. Followed by the second blow, (and everyone will be ressurected).

8. Hearts on that Day will tremble(with fear). 

9. (And) their eyes will be cast down. 

10. They say: “Shall we indeed be restored to our former state? 

11. Even when we are rotten bones?” 

12. They say: “Then that would be a losing return.” 

13. But it will be a single blowing (of the trumphet).

14. And behold! They will be awakened (After their deadth). 

15. Has the story of Musa reached you?

16. When his Lord called out to him in the sacred valley of Tuwa.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Khulasah Al-Quran