Surah Al-Muzzammil-j29h574

Halaman 574

Tarjuman
Bahasa Melayu

1. Wahai orang yang berselimut!

2. Bangunlah di waktu malam (untuk bersolat tahajud), kecuali sedikit masa (yang diperuntukkan untuk berehat),

3. laitu separuh daripada waktu malam, atau kurangkan sedikit daripada separuh itu,

4. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya, dan bacalah al-Quran dengan tartil (perlahan-lahan).

5. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat (wahyu yang mengandungi perintah-perintah yang berat).

6. Sebenarnya beribadah malam itu lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tepat bacaannya.

7. (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadah pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (sibuk bekerja),

8. Dan sebutlah akan nama Tuhanmu (dengan lidah dan hati secara berterusan siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadahmu) kepada-Nya dengan sepenuh tumpuan.

9. Dia-lah Tuhan yang menguasai timur dan barat. Tiada Tuhan melainkan Dia. Maka, jadikanlah Dia penjaga (yang menyempurnakan urusanmu).

10. Dan bersabarlah terhadap apa yang diucapkan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhilah mereka dengan cara yang baik.

11. Dan biarkanlah Aku sahaja bertindak balas terhadap orang yang mendustakan itu, iaitu orang yang berada dalam kemewahan, dan berilah tempoh kepada mereka sedikit masa,

12. Kerana sesungguhnya di sisi Kami disediakan (untuk mereka) belenggu-belenggu dan neraka yang menyala-nyala,

13. Serta makanan yang menjadikan pemakannya tercekik dan azab yang pedih.

14. (Azab itu tetap berlaku) pada hari bumi dan gunung-ganang bergoncang (serta hancur lebur), dan menjadilah gunung-ganang itu timbunan pasir yang berterbangan.

15. Sesungguhnya Kami telah mengutus kepada kamu (wahai umat Muhammad), seorang rasul yang menjadi saksi terhadap kamu (tentang orang yang mematuhi atau menolak seruannya), sebagaimana Kami telah mengutus kepada Firaun seorang rasul.

16. Maka Firaun menderhaka kepada Rasul itu, lalu Kami menyeksanya dengan azab yang berat.

17. (Sekiranya kamu tidak ditimpa azab di dunia), maka bagaimana kamu dapat menjaga dan menyelamatkan diri kamu (daripada azab) jika kamu tetap kafir kepada hari yang huru-haranya menyebabkan kanak-kanak menjadi tua beruban?

18. Langit (yang demikian besarnya) akan terpecah belah pada hari itu. (Ingatlah) janji Allah adalah perkara yang terlaksana.

19. Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang mengandungi amaran) ini menjadi peringatan. Oleh itu, sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, nescaya dia akan menempuh jalan yang membawa kepada Tuhannya (dengan iman dan taat).

English

1. O you who are wrapped in garments! 

2. Rise (to pray) in the night, except a little, 

3. Half of it, or a little less than that, 

4. Or add to it, and recite the Qur’an evenly with clear recitation. 

5. Surely We shall send down to you a weighty word. 

6. Surely the rising by night is the strongest way to conquer (one’s self), and the most upright in respect of the word (of Allah).

7. Surely you have a long occupation during the day. 

8. Therefore remember the Name of your Lord and devote yourself to Him with a complete devotion. 

9. Lord of the east and the west, there is no god but He, therefore take him as a Protector. 

10. And bear with patience what they say, and leave them alone in a noble way. 

11. And let Me deal with the beliers, the possessors of ease and comfort, and give them respite for a little while. 

12. Surely We have ready fetters and a Blazing Fire,

13. And a food that chokes, and a painful torment. 

14. The day when the earth and the mountains will quake, and the mountains will become as a heap of running sand. 

15. Surely We have sent to you a Messenger, to be a witness over you, as We sent a Messenger to Pharaoh. 

16. Then Pharaoh disobeyed the Messenger, so We seized him with a severe punishment. 

17. Then how will you protect yourselves, if you disbelieve, on the day which will turn children into grey-haired persons? 

18. (The Day) in which the sky will be rent asunder. His promise must be fulfilled. 

19. Surely this is a reminder, therefore let him, who will, take a way to his Lord. 

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Khulasah Al-Quran