j30h589-Surah Al-Mutaffifin & Al-Insyiqaq

Halaman 589

Tarjuman
Bahasa Melayu

34. Pada hari ini, orang yang beriman pula mentertawakan orang yang kafir itu.

35. Sambil mereka berehat di atas singgahsana (yang berhias), serta melihat (hal keadaan yang berlaku kepada orang yang kafir).

36. Bukankah orang yang kafir itu telah diberi ganjaran yang setimpal dengan apa yang mereka telah kerjakan dahulu.


1. Apabila langit terbelah,

2. Dan ia mematuhi perintah Tuhannya dan sudah semestinya ia begitu,

3. Dan apabila bumi diratakan.

4. Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya dan menjadi kosong.

5. Dan ia mematuhi perintah Tuhannya dan sudah semestinya ia begitu.

6. Wahai manusia! Sesungguhnya engkau telah berpenat lelah (beramal) untuk menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemuinya.

7. Maka sesiapa yang diberi buku catatan amalannya di sebelah tangan kanannya,

8. Maka dia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,

9. Dan dia akan kembali kepada kaum keluarganya (yang beriman di dalam syurga) dengan sukacita.

10. Dan sesiapa yang diberi buku catatan amalannya dari sebelah belakangnya,

11. Maka dia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya, (“Binasalah aku”),

12. Dan dia akan menderita (dengan) pembakaran api neraka yang marak menjulang.

13. Sesungguhnya dia semasa di dunia dahulu bergembira dalam kalangan kaum keluarganya (yang juga kufur ingkar)!

14. Sesungguhnya dia menyangka bahawa dia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan)!

15. (Sangkaannya itu tidak betul) bahkan dia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya!

16. Maka Aku bersumpah, dengan cahaya merah di waktu senja,

17. Dan malam serta segala yang diselubunginya,

18. Dan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama.

19. Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya).

20. Maka apakah alasan mereka bersikap tidak mahu beriman,

21. Dan (apakah pula alasannya) apabila dibacakan al-Quran, mereka tidak mahu taat dan sujud?

22. (Tidak ada satu alasan pun) bahkan orang yang kafir, sentiasa mendustakannya.

23. Padahal Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan (di dalam hati mereka).

24. Maka khabarkan kepada mereka dengan azab yang pedih.

English

34. But today those who believed will laugh at the disbelievers.

35. On thrones, looking at everything. 

36. Are not the disbelievers paid for what they used to do? 


1. When the sky is split asunder. 

2. And when it listens to its Lord, and it must do so.

3. And when the earth is spread out. 

4. And casts out all that is in it, and becomes empty. 

5. And when it listens to its Lord, and it must do so. 

6. O man! Surely you are steadily advancing towards your Lord, until you will meet Him. 

7. Then as for him who is given his record in his right hand. 

8. His reckoning will be easy one, 

9. And he will return to his people, joyfully. 

10. But as for him who is given his book behind his back. 

11. Then he will call for (his own) destruction. 

12. And he will enter a Blazing Fire. 

13. Surely he used to be joyful among his people. 

14. Surely he thought that he would never return (to Us). 

15. Yes! Surely His Lord was (ever) watching him

16. So I swear by the sunset redness. 

17. And the night and all that is enshrouds. 

18. And by the moon when it is full. 

19. You shall most surely have to travel from one stage to another stage. 

20. Then what is the matter with them, that they believe not? 

21. And when the Qur’an is recited to them, they do not fall prostrate. 

22. No! Those who disbelieve deny (the truth). 

23. And Allah knows best what they conceal (in their hearts). 

24. Therefore give them the tidings of a painful torment. 

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Khulasah Al-Quran