Halaman 349
Tarjuman
Bahasa Melayu
105. (Sambil dikatakan kepada mereka), “Bukankah ayat-ayat-Ku selalu dibacakan kepada kamu, lalu kamu terus-menerus mendustakannya?”
106. Mereka menjawab, “Wahai Tuhan kami, kami telah dikuasai oleh kejahatan kami dan dengan itu jadilah kami kaum yang sesat.”
107. “Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari neraka ini, setelah itu kalau kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan maksiat), maka sesungguhnya kami orang yang zalim.”
108. (Allah) berfirman, “Tinggallah kamu dengan kehinaan di dalam neraka dan janganlah kamu berkata-kata (memohon sesuatu pun) kepada-Ku!”
109. Sesungguhnya ada segolongan daripada hamba-hamba-Ku memohon kepada-Ku dengan berkata, “Wahai Tuhan kami, kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat.”
110. “Maka kamu jadikan mereka ejek-ejekan sehingga ejekan kamu kepada mereka itu menyebabkan kamu lupa mengingati balasan-Ku dan kamu pula sentiasa tertawakan mereka.”
111. “Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka, sesungguhnya mereka itulah orang yang berjaya.”
112. Allah bertanya lagi, “Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?”
113. Mereka menjawab, “Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian hari,” maka bertanyalah kepada golongan yang menghitung (malaikat penghitung).
114. Allah berfirman, “Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sebentar sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia).”
115. “Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu dengan tiada sebarang hikmah (tujuan) pada ciptaan itu? Dan kamu (pula menyangka) tidak akan dikembalikan kepada Kami?”
116. Maka, Maha Tinggi Allah yang menguasai seluruh alam dengan hak, tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai ‘Arasy yang mulia.
117. Dan sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka perhitungannya disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang yang kafir tidak akan berjaya.
118. Dan katakanlah (wahai Muhammad), “Wahai Tuhanku, ampunkanlah dan kurniakan rahmat dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!”
English
105. “Were not My signs (Qur’an) recited to you? But you used to reject them.”
106. They will say: “Our Lord! Our evils overcame us, and we were misleading people.
107. Our Lord! Bring us out of it, surely if we do it again, then indeed we shall be wrongdoers.”
108. He will say: “Away with shame into it, and speak not to Me.
109. Surely there was a party of My servants who said: ‘Our Lord! We believe, therefore forgive us and show us mercy, for You are the Best of those who show mercy.’
110. But you took them for a mockery until (these things) made you forget My remembrance, and you used to laugh at them.
111. Surely I have rewarded them this Day for their patience, (and) they are indeed the victorious.”
112. He will say: “How many years did you stay on earth?”
113. They will say: “We stay a day or part of a day. Therefore ask those who keep account.”
114. He will say: “You have stayed but a little if you only knew.
115. Did you think that We had created you in vain, and that you would not be brought back to Us?”
116. So exalted be Allah, the King, the truth. There is no god but He, Lord of the Honourable Throne.
117. And whoever calls upon any other god along with Allah has no authority thereof, and his reckoning is only with his Lord. Surely the unbelievers never succeed.
118. And say (O Muhammad): “My Lord! Forgive and show mercy, for You are the Best of those who show mercy.”
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi

