Surah Al-Mu’minun-j18h348

Halaman 348

Tarjuman
Bahasa Melayu

90. Sebenarnya Kami telah membawa kepada mereka keterangan yang benar dan sesungguhnya mereka adalah orang yang berdusta.

91. Allah sekali-kali tidak mempunyai anak dan tidak ada sama sekali tuhan (yang lain) bersama-Nya, kalaulah ada tuhan yang lain bersama-Nya, tentulah setiap tuhan akan menguasai segala yang diciptakannya dengan bersendirian dan tentulah sebahagian tuhan akan bertindak mengalahkan sebahagian yang lain. Maha Suci Allah daripada apa yang dikatakan oleh mereka (yang musyrik) itu.

92. (Allah) yang mengetahui segala yang tersembunyi dan yang nyata maka Maha Tinggilah keadaan-Nya daripada segala yang mereka sekutukan.

93. Katakanlah (wahai Muhammad), “Wahai Tuhanku, kiranya Engkau hendak memperlihatkan kepadaku (azab) yang dijanjikan kepada mereka (di dunia).”

94. “Maka wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku tinggal dalam kalangan kaum yang zalim itu (kerana aku pun akan binasa).”

95. Dan sesungguhnya Kami berkuasa memperlihatkan kepadamu azab yang Kami janjikan kepada mereka.

96. Tolaklah perbuatan buruk mereka dengan cara yang sebaik-baiknya, Kami Maha Mengetahui apa yang mereka katakan itu,

97. Dan katakanlah, “Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu daripada hasutan syaitan-syaitan,”

98. “Dan aku berlindung kepada-Mu, wahai Tuhanku, supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku.”

99. Kesudahan golongan yang ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang antara mereka, berkatalah dia, “Wahai Tuhanku, kembalikanlah aku (hidup semula di dunia),”

100. “Supaya aku mengerjakan amal-amal soleh yang telah aku tinggalkan.” Sekali-kali tidak! Sesungguhnya itu adalah dalih (helah) yang diucapkannya sahaja, sedangkan di hadapan mereka ada dinding (penghalang mereka ke dunia) sehingga hari mereka dibangkitkan semula.

101. Kemudian, apabila ditiup sangkakala, maka pada hari itu tidak ada lagi manfaat pertalian kerabat antara mereka dan tidak sempat pula mereka saling bertanya (tentang keturunan masing-masing).

102. Maka sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang yang berjaya.

103. Dan sesiapa yang ringan timbangan amal baiknya, maka merekalah orang yang merugikan dirinya sendiri, mereka kekal di dalam Neraka Jahanam.

104. Api neraka itu membakar muka mereka dan tinggallah mereka di situ dengan muka yang hodoh.

English

90. Nay, We have sent them the truth, but they surely are liars. 

91. Allah has not taken any son nor is there any other god with Him. If it were so, each god would have taken away what it had created, and some of them would have overcome the others. Glory be to Allah above what they attribute. 

92. (He is) knower of the unseen and the seen, therefore far high is He above what they associate (with Him). 

93. Say: “My Lord! If You should show me what they are promised (threatened).

94. My Lord! then place me not with the wrongdoing people.” 

95. And most surely We are able to show you that which We have promised them. 

96. Repel evil by what is best. We know best what they claim. 

97. And say: “My Lord! I take refuge with You from the suggestions of the Evil Ones, 

98. And I take refuge with You, O Lord! Lest they come near me.”

99. Until when death approaches one of them, he says: “My Lord! Send me back,

100. That I may do good with regard to that which I have left (behind).” Never! Surely it is merely a word which he speaks. And behind them is a barrier until the day they are raised up.

101. But when the Trumpet is blown, there will be no ties of relationship between them that Day, nor will they ask of one another.

102. Therefore those whose scales are heavy, they will be the successful. 

103. And those whose scales are light, they will be those who have lost their souls, in Hell they abide. 

104. The Fire will burn their faces, and they will be glum therein. 

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi