Surah Al-Mu’minun-j18h347

Halaman 347

Tarjuman
Bahasa Melayu

75. Dan sekiranya Kami menaruh kasihan kepada mereka serta Kami hapuskan kesusahan yang menimpa mereka, nescaya mereka akan tetap terus meraba-raba dalam kesesatan mereka yang melampaui batas itu.

76. Dan sesungguhnya Kami telah menimpakan mereka dengan azab, maka mereka tidak juga tunduk patuh kepada Tuhan mereka dan tidak pula berdoa kepada-Nya dengan merendah diri.

77. Sehingga apabila Kami bukakan kepada mereka sebuah pintu yang menyebabkan azab yang berat, maka mereka serta-merta menjadi berputus asa.

78. Dan Dia jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur tetapi) amatlah kurang kamu bersyukur.

79. Dan Dia yang menciptakan serta mengembangbiakkan kamu di bumi dan kepada-Nya kamu akan dihimpunkan,

80. Dan Dia yang menghidupkan dan mematikan serta Dia-lah yang mengaturkan pertukaran malam dan siang. Maka tidakkah kamu mahu berfikir?

81. Bahkan mereka berkata seperti yang telah dikatakan oleh orang terdahulu.

82. Mereka berkata, “Adakah benar apabila kami mati dan kami menjadi tanah dan tulang, kami akan dibangkitkan (hidup semula)?”

83. “Sesungguhnya kami dan nenek moyang kami telah dijanjikan perkara ini dari dahulu lagi, perkara ini hanyalah cerita dongeng orang dahulu kala.”

84. Tanyakanlah (wahai Muhammad), “Kepunyaan siapakah bumi ini dan segala yang ada padanya, kalau kamu mengetahui?”

85. Mereka akan menjawab, “Kepunyaan Allah.” Katakanlah, “Mengapa kamu tidak mahu mengambil pengajaran?”

86. Tanyakanlah lagi, “Siapakah Tuhan yang memiliki dan mentadbir langit yang tujuh dan Tuhan yang mempunyai ‘Arasy yang agung?”

87. Mereka akan menjawab, “Kepunyaan Allah.” Katakanlah, “Mengapa kamu tidak mahu bertakwa?”

88. Tanyakanlah lagi, “Siapakah yang memegang kuasa pemerintahan setiap sesuatu dan dia dapat melindungi serta tidak ada sesuatu pun yang dapat dilindungi daripada kekuasaannya? (Jawablah) jika kamu mengetahui!”

89. Mereka akan menjawab, “Dikuasai oleh Allah.” Katakanlah, “Jika demikian, bagaimana mungkin kamu merasakan dirimu tertipu?”

English

75. And even if We show them mercy and remove the distress they are in, surely they would still persist in their transgression, blindly wandering on. 

76. And certainly We have already seized them with punishment, but they humbled not themselves before their Lord, nor did they implore (Him). 

77. Until when We open to them a door full of severe punishment, then behold! They despair therein. 

78. And it is He who has created for you the hearing and the eyesight and the hearts. Little it is that you give thanks.

79. And it is He who has created you on the earth, and to Him you shall be gathered. 

80. And it is He who gives life and causes death, and it is He who alternates the night and the day. Will you not then understand? 

81. On the contrary, they say the like of what the ancients said.

82. They say: “What! When we are dead and have become dust and bones, shall we be raised up again? 

83. Surely We have already been promised this, and (so were) our fathers of old. This is nothing but stories of the ancients.” 

84. Say: “To whom belongs the earth and whoever is on it, if you know?” 

85. They will say: “To Allah.” Say: “Will you not then take heed?”

86. Say: “Who is the Lord of the seven heavens, and the Lord of the Great Throne?” 

87. They will say: “To Allah (belongs all this).” Say: “Will you not then fear (Him)?” 

88. Say: “In whose hand is the administration of all things, and who protects all, but needs no protection, if you know?” 

89. They will say: “This belongs to Allah.” Say: “Then how are you deceived?”

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul