j18h345-Surah Al-Mu’minun

Halaman 345

Tarjuman
Bahasa Melayu

43. Sesuatu umat itu tidak berkuasa mendahului ajalnya yang telah ditentukan dan mereka pula tidak dapat melambatkannya.

44. Kemudian Kami mengutus rasul-rasul Kami silih berganti. Setiap kali sesuatu umat didatangi rasulnya, mereka mendustakannya, lalu Kami binasakan umat-umat yang demikian satu persatu dan Kami jadikan perihal mereka sebagai buah mulut orang. Maka, binasalah orang yang tidak beriman.

45. Kemudian Kami mengutus (Nabi) Musa dan saudaranya (Nabi) Harun dengan membawa ayat-ayat Kami dan bukti yang nyata (mukjizat),

46. Kepada Firaun dan para pembesarnya, maka mereka menentang (seruan Allah itu) dengan takbur dan menjadi kaum yang menyombong diri.

47. Mereka berkata, “Patutkah kita beriman kepada dua manusia seperti kita, sedangkan kaum mereka menjadi orang suruhan kita?”

48. Oleh itu, mereka pun mendustakan kedua-duanya, lalu jadilah mereka sebahagian daripada orang yang dibinasakan.

49. Dan sesungguhnya, Kami telah memberikan (Nabi) Musa Kitab Taurat, supaya mereka beroleh petunjuk,

50. Dan Kami jadikan (Nabi ‘lsa) putera Maryam serta ibunya sebagai bukti dan Kami telah menempatkan kedua-duanya di tanah tinggi, tempat tinggal yang ada tanaman dan mata air yang mengalir.

51. Wahai para rasul, makanlah daripada makanan yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh, sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

52. Dan sesungguhnya ini adalah agama kamu agama yang satu (asas pokoknya) dan Akulah Tuhan kamu, maka bertakwalah kamu kepada-Ku.

53. Kemudian mereka menjadikan agama mereka berpecah belah kepada beberapa aliran, setiap golongan bergembira dengan apa yang ada pada mereka.

54. Maka biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatan itu hingga ke suatu masa (saat kematian mereka).

55. Adakah mereka menyangka bahawa apa yang Kami berikan kepada mereka daripada harta benda dan anak pinak itu,

56. Kami menyegerakan untuk mereka pemberian kebaikan? (Tidak!) Bahkan mereka tidak menyedari (hakikatnya yang sebenar).

57. Sesungguhnya orang yang sentiasa bimbang disebabkan takut kepada (kemurkaan) Tuhan mereka,

58. Dan orang yang beriman kepada ayat-ayat Tuhan mereka,

59. Dan orang yang tidak mempersekutukan Tuhan mereka dengan sesuatu yang lain,

English

43. No community can precede its term, nor can they delay it. 

44. Then We sent Our Messengers in succession. Every time a community had its Messenger, they accused him of falsehood, so We made them follow one another, and We made them (as mere) tales. So away with the people who do not believe. 

45. Then We sent Musa and his brother Harun with Our signs and a clear authority, 

46. To Pharaoh and his chiefs, but they turned arrogant, and they were a haughty people. 

47. And they said: “Shall we believe two men like ourselves while their people are our slaves?” 

48. So they accused them of falsehood, and they became of those who were destroyed. 

49. And surely We gave Musa the Book, that they might be guided. 

50. And We made the son of Maryam and his mother a sign, and We sheltered them on a high ground where there was a place to rest and a clear spring.

51. “O (you) Messengers! Eat of the pure things and do righteous deeds. Surely I know well what you do. 

52. And this religion of yours is a single religion, and I am your Lord, therefore fear Me.” 

53. But they cut up their affair among themselves into sects. Each group rejoicing in that which they have. 

54. Therefore leave them in their errors for a time. 

55. Do they think that because we go on giving them wealth and children, 

56. We are hastening to them in virtues? Nay, they do not perceive. 

57. Surely those who stand in awe for fear of their Lord, 

58. And those who believe in the signs of their Lord,

59. And those who join not (in worship) partners with their Lord, 

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi