j28h544-Surah Al-Mujadilah

Halaman 544

Tarjuman
Bahasa Melayu

12. Wahai orang yang beriman! Apabila kamu hendak menghadap dan bertanyakan sesuatu kepada Rasulullah (secara khusus), maka hendaklah kamu bersedekah (kepada orang miskin) sebelum kamu menghadapnya. (Pemberian sedekah) itu adalah lebih baik bagi kamu dan lebih bersih. Tetapi jika kamu tidak memperoleh (sesuatu yang hendak disedekahkan, kamu dibenarkan juga menghadapnya), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

13. Adakah kamu takut (menjadi miskin) kerana memberi banyak sedekah sebelum kamu menghadap? Kemudian, jika kamu tidak melakukan (perintah) itu dan Allah pun memaafkan kamu, maka dirikanlah solat, tunaikanlah zakat (sebagaimana yang sewajibnya) serta taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendalam pengetahuan-Nya akan segala amalan yang kamu lakukan.

14. Tidakkah engkau perhatikan (bagaimana jahatnya) orang yang menjadikan kaum yang telah dimurkai Allah (dengan sebab kekufuran dan khianatnya) sebagai teman rapat? Mereka itu bukanlah daripada golongan kamu dan bukan pula daripada golongan kaum yang tersebut itu (kerana mereka ialah golongan munafik) serta mereka selalu bersumpah dengan dusta, sedangkan mereka mengetahui (bahawa mereka adalah pendusta).

15. Allah telah menyediakan bagi mereka azab yang berat. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan.

16. Mereka menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai (untuk menyelamatkan diri daripada dibunuh dan harta mereka daripada dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah. Oleh itu, mereka beroleh azab yang menghina.

17. Harta benda dan anak pinak mereka tidak berguna sedikit pun kepada mereka (untuk berlindung) daripada azab Allah. Merekalah ahli neraka. Mereka tetap kekal di dalamnya.

18. (Setelah nyata kepada orang munafik itu bahawa harta dan anak pinak mereka tidak berguna sedikit pun), ketika mereka semuanya dibangkitkan oleh Allah (pada hari kiamat), maka mereka bersumpah kepada-Nya (bahawa mereka adalah orang mukmin) sebagaimana biasanya mereka bersumpah kepada kamu dan mereka menyangka bahawa (dengan berbuat demikian) mereka akan mendapat sesuatu (yang berfaedah kepada mereka). Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya merekalah golongan pendusta.

19. Syaitan telah menguasai mereka, lalu menyebabkan mereka lupa mengingati Allah. Mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah! Bahawa golongan syaitan itu sebenarnya orang yang rugi.

20. Sesungguhnya orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, mereka termasuk daripada golongan yang amat hina.

21. Allah telah menetapkan, “Sesungguhnya Aku dan rasul-rasul-Ku pasti mengalahkan (golongan yang menentang).” Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

English

12. O you who believe! When you consult the Messenger in private, then offer something in charity before your private consultation. This will be better for you and purer. But if you do not have the means, then surely Allah is Often Forgiving, Most Merciful. 

13. Are you afraid to offer charity before your private consultations? If then you do not do so, and Allah forgives you, then observe prayer and give the stated alms and obey Allah and His Messenger. And Allah is Well-Acquainted with what you do. 

14. Have you not seen those who take for friends a people upon whom is the wrath of Allah? They are neither of you nor of them, and they swear to falsehood while they know.

15. Allah has prepared for them a severe torment. Surely evil is that which they do. 

16. They have made their oaths a screen, so they hinder (men) from the Path of Allah, therefore they will have a humiliating torment. 

17. Neither their wealth nor their children will avail them against Allah. They are the companions of the Fire, in it they will abide. 

18. On the day that Allah will raise them up all together, they will then swear to Him as they swear to you, and they think they have some ground (for doing so). Is it not a fact that surely they are the liars?

19. The Evil One has got control over them, so he has made them forget the remembrance of Allah. They are the party of the Evil One. Is it not a fact that the party of the Evil One are the losers? 

20. Surely those who oppose Allah and His Messenger, they shall be among the lowest. 

21. Allah has decreed: “Most surely I will prevail, I and My Messengers.” Surely Allah is All-Strong, All-Mighty. 

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul