Halaman 545
Tarjuman
Bahasa Melayu
22. Engkau tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih sayang dengan orang yang menentang Allah dan rasul-Nya, sekalipun orang yang menentang itu ialah bapa-bapa atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka itulah yang ditetapkan iman dalam hati mereka oleh Allah dan telah menguatkan mereka dengan pertolongan daripada-Nya, serta Dia akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) terhadap-Nya. Merekalah golongan Allah (para pendukung agama-Nya). Ketahuilah! Sesungguhnya golongan Allah itu adalah orang yang berjaya.
1. Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah. Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
2. Dia-lah yang telah mengeluarkan orang kafir dalam kalangan Ahli Kitab dari kampung halaman mereka pada saat pengusiran yang pertama (kerana memerangi Rasulullah). Kamu (wahai umat Islam) tidak menyangka bahawa mereka akan keluar (disebabkan bilangannya yang ramai dan pertahanannya yang kuat), dan mereka pula menyangka bahawa benteng-benteng mereka akan dapat menahan serta memberi perlindungan kepada mereka daripada (azab) Allah. Maka Allah menimpakan (azab-Nya) kepada mereka dari arah yang tidak terlintas dalam fikiran mereka dan mencampakkan rasa takut ke dalam hati mereka, (lalu) mereka memusnahkan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri (dari dalam) sambil tangan orang yang beriman (yang mengepung mereka berbuat demikian dari luar). Maka ambillah pengajaran (daripada peristiwa itu) wahai orang yang berakal fikiran (serta celik mata hatinya).
3. Dan jika tidak kerana Allah telah menetapkan pengusiran terhadap mereka, tentulah Dia akan menyeksa mereka di dunia. Mereka pula akan beroleh azab neraka pada hari akhirat kelak.
English
22. You shall not find a people who believe in Allah and the Last Day befriending those who oppose Allah and His Messenger, even though they were their fathers or their sons, or their brothers, or their relations. For such He has written Faith in their hearts, and He has strengthened them with a spirit from Himself. And He will cause them to enter Gardens beneath which rivers flow, abiding therein. Allah will be well-pleased with them, and they will be well-pleased with Him. They are the party of Allah. Is it not a fact that the party of Allah are the people who succeed?
1. All that is in the heavens and all that is on the earth declares the Glory of Allah, for He is the All-Mighty, the All-Wise.
2. It is He Who turned out those who disbelieved from among the people of the Book from their homes at the first gathering. You did not think that they would get out, and they thought that their fortresses would defend them against Allah! But Allah came to them whence they never expected, and He cast terror into their hearts, (so that) they destroyed their own houses with their own hands and the hands of the believers. Therefore take a lesson, O you who have eyes!
3. And had it not been that Allah decreed exile for them, He would surely have punished them in this world. And there is for them in the Hereafter the punishment of the Fire.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Khulasah Al-Quran


