Halaman 577
Tarjuman
Bahasa Melayu
48. Maka, tidak akan berguna lagi kepada mereka sebarang syafaat (pertolongan kalaulah ditakdirkan ada) daripada sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu.
49. (Kalau demikianlah halnya orang yang berdosa), maka mengapa mereka berpaling daripada peringatan (al-Quran)?
50. Seolah-olah mereka sekumpulan keldai liar yang bertempiaran lari (kerana terkejut),
51. Melarikan diri (ketakutan) daripada singa!
52. (Mereka tidak merasa cukup dengan peringatan itu) bahkan tiap-tiap seorang antara mereka mahu supaya diberi kepadanya lembaran surat yang terbuka (yang diturunkan dari langit untuk dibaca oleh mereka sendiri).
53. Sebenarnya! (Bukan kerana kemahuan mereka tidak berhasil), bahkan mereka (tidak percaya dan) tidak takut akan hari akhirat.
54. Ketahuilah! Sesungguhnya al-Quran itu adalah satu peringatan (yang sangat besar pengajarannya)
55. Oleh itu, sesiapa yang mahu (beringat), maka dia akan mengambil peringatan daripadanya.
56. Dan (dalam pada itu) mereka tidak akan mengambil peringatan melainkan jika dikehendaki Allah. Dia-lah Tuhan yang berhak dipatuhi perintah-Nya dan Dia-lah jua yang berhak memberi keampunan (kepada orang yang beriman dan taat).
1. Aku bersumpah dengan hari kiamat,
2. Dan Aku bersumpah dengan nafsu al-Lawwamah (jiwa yang amat menyesali).
3. Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang belulangnya (dan menghidupkannya semula)?
4. Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (segala tulang) jari jemarinya dengan sempurna.
5. (Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa hendak berbuat maksiat terus-menerus (di sepanjang hayatnya, lalu menolak kewujudan hari akhirat).
6. Dia bertanya (secara mengejek), “Bilakah datangnya hari kiamat itu?”
7. Maka, apabila mata terbeliak (kerana terkejut setelah melihat apa yang selalu didustakan dahulu),
8. Dan apabila bulan hilang cahayanya,
9. Dan apabila matahari dan bulan dihimpunkan bersama,
10. (Maka) pada hari itu, manusia (yang ingkarkan hari kiamat) akan berkata, “Ke manakah hendak melarikan diri?”
11. Tak usah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan!
12. Pada hari itu, kepada Tuhanmu sahaja terserahnya ketetapan segala perkara.
13. Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang dia telah lakukan, dan apa yang dia telah tinggalkan.
14. Bahkan manusia itu menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,
15. Walaupun dia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).
16. Janganlah engkau (wahai Muhammad) menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu) kerana hendak cepat (menghafal al-Quran yang diturunkan kepadamu).
17. Sesungguhnya Kami-lah berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu),
18. Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu,
19. Kemudian, sesungguhnya kepada Kami-lah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan).
English
48. So no intercession of the intercessors will avail them.
49. Then what is the matter with them that they turn away from the reminder?
50. As if they were frightened asses,
51. Fleeing from the roaring of a lion?
52. No, every man of them wishes that he may be given open scrolls (of revelation).
53. No, But they fear not the Hereafter.
54. No, Surely this is a reminder,
55. So that whoever wishes may mind it.
56. And they will not mind except as Allah wills. He is the Source of Piety, and the Source of Forgiveness.
1. I swear by the Day of Resurrection.
2. And I swear by the self-blaming soul,
3. Does man think that We will not assemble his bones?
4. Yea! We are able of completely restoring his very finger-tips.
5. But man desires to do wrong (eve) in the (life) before him.
6. He asks: “When is the Day of Resurrection?”
7. But when the sight is dazed.
8. And the moon is eclipsed.
9. And the sun and the moon are joined together.
10. Man will say that Day: “Where to flee?”
11. Never! There is no refuge!
12. Towards your Lord that day will be the place of rest.
13. Man shall on that day be informed about what he sent forward and (what) he left behind.
14. No, man will be a witness against himself,
15. And though he puts forth his excuses.
16. Move not your tongue with it (the Qur’an) to hasten on with it.
17. Surely It is for Us to collect it and to recite it.
18. Therefore when We have recited it, follow its recital,
19. Then it is for Us to explain it.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
STEM-Q

Asbab-al-Nuzul

Khulasah Al-Quran


