Halaman 124
Tarjuman
Bahasa Melayu
96. Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut dan makanan yang didapati dari laut, sebagai bekalan yang lazat bagi kamu dan juga bagi orang yang dalam perjalanan, tetapi diharamkan atas kamu memburu binatang buruan darat selama kamu sedang berihram. Oleh itu, bertakwalah kepada Allah yang kepada-Nya kamu akan dihimpunkan.
97. Allah menjadikan Kaabah, rumah yang suci itu sebagai pusat tumpuan manusia (untuk menjalankan urusan ibadah dan urusan hidup), bulan-bulan haram, hadyu (binatang yang dibawa ke Kaabah untuk mendekatkan diri kepada Allah) dan qala’id (binatang hadyu yang dikalungkan untuk dibawa ke Kaabah). Yang demikian itu agar kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan juga bahawa sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
98. Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Berat seksaan-Nya (terhadap orang yang kufur dan derhaka), dan sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (bagi orang yang mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya).
99. Kewajipan rasul tidak lain hanyalah menyampaikan (perintah-perintah Allah) sahaja. Allah sentiasa mengetahui apa yang kamu zahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.
100. Katakanlah (wahai Muhammad), “Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu, bertakwalah kepada Allah wahai orang yang mempunyai akal fikiran, semoga kamu berjaya.”
101. Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan (kepada nabi) perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu, dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan al-Quran, tentulah akan diterangkan kepada kamu. Allah telah maafkan (kamu) daripada (kesalahan bertanyakan) perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan di dalam al-Quran). Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun.
102. Sesungguhnya perkara-perkara yang serupa itu pernah ditanyakan (kepada nabi) oleh suatu kaum sebelum kamu, kemudian mereka menjadi kafir dengan sebab pertanyaan itu (kerana setelah diterangkan, mereka tidak mengamalkannya).
103. Allah tidak sesekali mensyariatkan akan adanya Bahirah, Sa’ibah, Wasilah dan Ham (jenis-jenis unta menurut kepercayaan masyarakat jahiliah). Tetapi orang kafir itu sentiasa mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah sedangkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal fikiran.
English
96. Lawful to you is the game of the sea and its food, a benefit for you and the travellers and forbidden to you is game on land as long as you are in a state of pilgrimage (ihram). And fear Allah to whom you are going to
be gathered.
97. Allah has made the Ka‘bah, the Sacred House, a restingplace for mankind, and (also) the sacred month, and the offerings and the garlands that mark them. This is so in order that you may know that Allah knows whatever is in the heavens and whatever is on the earth, and that Allah
knows all things whatsoever.
98. Know that Allah is severe in punishment, and that Allah is Often Forgiving, Most Merciful.
99. The Messenger is not responsible except for the delivery (of the message). And Allah knows what you show and what you hide.
100. Say: “Not equal are the impure and the pure,” even though the abundance of the impure may dazzle you. So fear Allah, therefore, O you who are endowed with understanding, that you may succeed.
101. O you who believe! Ask not about matters which if disclosed to you may be unpleasant to you. And if you (persist in) asking about them when the Qur’an is being revealed, they would be disclosed to you (and hence be unpleasant). Allah forgives them, for Allah is Often Forgiving, Most
Merciful.
102. A people before you have indeed asked such questions, then became disbelievers therein.
103. Allah has not appointed any Bahirah, or Sa’ibah, or Wasilah, or Ham (names of supposed sacred animals) but those who disbelieve fabricate this lie against Allah. But most of them have no sense.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul


