Halaman 123
Tarjuman
Bahasa Melayu
91. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu lantaran arak dan judi itu, serta mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan solat. Oleh itu, berhentilah (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu).
92. Dan taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasulullah serta berhati-hatilah (janganlah sampai menyalahi perintah Allah dan Rasul-Nya). Jika kamu berpaling (enggan menurut apa yang diperintahkan itu), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya kewajipan rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan terang nyata.
93. Tiada dosa bagi orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh pada apa yang telah mereka makan dahulu apabila mereka bertakwa dan beriman serta mengerjakan amal soleh, kemudian mereka tetap bertakwa dan beriman, kemudian mereka tetap bertakwa dan berbuat kebajikan. Allah menyukai orang yang berbuat kebajikan.
94. Wahai orang yang beriman! Sesungguhnya Allah pasti akan menguji kamu (semasa kamu berihram) dengan sesuatu daripada binatang buruan yang mudah ditangkap oleh tangan kamu dan (mudah mengena) tikaman lembing-lembing kamu, supaya Allah mengetahui sesiapa yang takut kepada-Nya biarpun dia tidak melihat-Nya (atau semasa dia tidak dilihat orang). Oleh itu, sesiapa yang melampaui batas sesudah (keterangan) itu, maka baginya azab yang pedih.
95. Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu membunuh binatang-binatang buruan ketika kamu sedang berihram. Sesiapa antara kamu yang membunuhnya dengan sengaja, maka dendanya ialah (menggantinya) dengan binatang ternak yang sama dengan binatang buruan yang dibunuh itu, yang dihakimi oleh dua orang yang adil antara kamu, sebagai hadiah yang disampaikan ke Kaabah (untuk disembelih dan dibahagikan kepada fakir miskin di Makkah), atau bayaran kifarat, iaitu memberi makan orang miskin, atau berpuasa (sebanyak bilangan cupak yang diberikan kepada orang miskin), supaya dia dapat merasai akibat buruk daripada perbuatannya. Allah telah memaafkan apa yang telah lalu, dan sesiapa yang mengulangi (kesalahan itu) maka Allah akan menyeksanya. Dan (ingatlah) Allah Maha Perkasa lagi Berkuasa membalas dengan azab.
English
91. Satan only desires, by means of intoxicants and gambling, to put enmity and hatred between you and to bar you from the remembrance of Allah and from prayer. Are you then going to abstain?
92. Therefore, obey Allah and obey the Messenger and beware, but if you turn away, know then that Our Messenger is responsible only for a clear
conveying (of the message).
93. There is no blame upon those who believe and do righteous deeds for what they have eaten before, if they fear Allah and believe and do righteous deeds thereafter, again fear Allah and believe, (and) again fear Allah and (also) do righteous deeds. For Allah loves the doers of good.
94. O you who believe! Indeed Allah is going to try you somewhat in respect of the game which your arms and lances may reach, in order that
He may test him who fears Allah in secret. Whoever then commits a trespass thereafter, will have a painful torment.
95. O you who believe! Do not kill game while you are in a state of pilgrimage and whoever does so intentionally has to give in compensation the like of what he has killed from the cattle, as judged by two just persons among you as an offering to be sent to the Ka‘bah or expiate the same by giving food to the needy, or the equivalent of it in keeping fasts in order that he may taste the penalty of his deed. Allah forgives what is past but whoever does it again, Allah will enforce the penalty against him. For Allah is Mighty, Possessor of the power of enforcing a penalty.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul


