Surah Al-Ma’idah-j6h113

Halaman 113

Tarjuman
Bahasa Melayu

32. Dengan sebab itu Kami tetapkan (suatu hukum) bagi Bani Israel, bahawa sesiapa yang membunuh seorang manusia, bukan kerana orang itu (membunuh orang lain), atau bukan (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka rasul-rasul Kami dengan (membawa) keterangan yang jelas, kemudian kebanyakan daripada mereka sesudah itu, benar-benar menjadi orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi.

33. Sesungguhnya balasan orang yang memerangi Allah dan rasul-Nya serta melakukan kerosakan di muka bumi (dengan menyamun dan merompak) adalah (dengan dibalas) bunuh atau disalib, atau dipotong tangan dan kaki mereka secara bersilang, atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya). Hukuman demikian itu adalah suatu penghinaan di dunia bagi mereka dan di akhirat kelak mereka beroleh azab yang amat besar.

34. Kecuali orang yang bertaubat sebelum kamu dapat menguasai (menangkap) mereka. Maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

35. Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya (dengan mematuhi perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) serta berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.

36. Sesungguhnya orang yang kafir, sekiranya mereka memiliki segala yang ada di muka bumi dan bersamanya seumpama itu lagi, untuk mereka menjadikannya penebus diri mereka daripada azab pada hari kiamat, nescaya tebusan itu tidak akan diterima daripada mereka. Dan bagi mereka azab yang pedih.

English

32. For this reason have We prescribed for the Children of Isra’il that he who kills a person without the latter being guilty of killing of another, or of doing evil in the earth, then his action is such as if he had killed mankind
entirely. And he who saves one life, is as if he had saved mankind entirely. And most certainly Our Messengers came to them with clear proofs, most of them surely, even after that act wastefully in the earth.

33. The recompense of those who wage war against Allah and His Messenger, and strive in doing evil in the earth is nothing but that they should be killed, or crucified, or that their hands and feet on the opposite sides be cut off, or that they be banished from the land. That is a disgrace for them in this life, and for them in the Hereafter is a great
torment.

34. Except those who repent (to Allah) before you have caught them. So know then that Allah surely is Often Forgiving, Most Merciful.

35. O you who believe! Fear Allah, and seek being near to Him, and strive in His way, that you may succeed.

36. Surely as for those who disbelieve, if they had all that there is on the earth, and the like of it with it, so that they might ransom (themselves) with it from the torment of the Day of Resurrection, it would not be
accepted from them, and for them is a painful torment.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul