Halaman 108
Tarjuman
Bahasa Melayu
6. Wahai orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua-dua belah tangan kamu hingga sampai ke siku, dan sapulah sebahagian daripada kepala kamu dan basuhlah kedua-dua belah kaki kamu hingga sampai ke buku lali. Dan jika kamu dalam keadaan junub (berhadas besar), maka bersucilah (dengan mandi wajib) dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau bermusafir, atau salah seorang daripada kamu datang dari tempat buang air, atau kamu menyentuh wanita, sedangkan kamu tidak memperoleh air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan debu tanah yang bersih, maka sapulah muka kamu, dan kedua-dua belah tangan kamu dengan debu tanah itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia hendak menyucikan kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya (Islam) ke atas kamu supaya kamu bersyukur.
7. Dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakan-Nya) kepada kamu serta ingatlah perjanjian-Nya yang telah diikat-Nya dengan kamu, ketika kamu berkata, “Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan Rasul-Nya)” dan bertakwalah kamu kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada dalam dada.
8. Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan kebenaran kerana Allah, lagi menjadi saksi dengan adil, dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa, dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
9. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan beramal soleh bahawa mereka akan beroleh keampunan dan pahala yang besar.
English
6. O you who believe! When you rise for your prayers then wash your faces, and your arms up to the elbows, and rub your heads, and (wash) your feet up to the ankles, and if you have become polluted, then purify
yourselves (by a bath). But if you are sick, or on a journey, or if one of you comes after answering the call of nature, or if you have touched women and cannot find water (to bathe), then take clean earth, rub your faces and your hands with it. Allah intends not to cause you any difficulty, but He intends to purify you, and to complete His blessing upon you, so that you may be thankful.
7. And remember the blessing of Allah upon you, and the covenant which He has bound you with, when you said: “We hear and we obey,” and fear Allah. Surely, Allah knows the secrets of the hearts.
8. O you who believe! Stand up firmly for the sake of Allah to bear witness with justice, and let not the enmity of a people carry you away from being just. Be just, that is nearer to piety, and fear Allah, surely Allah knows what you do.
9. And Allah promises those who believe and do righteous deeds, that for them is forgiveness and a great reward.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul


