Halaman 570
Tarjuman
Bahasa Melayu
41. (Membinasakan mereka, serta) menggantikan mereka dengan makhluk-makhluk yang lebih baik daripada mereka. Kami sekali-kali tidak dapat dikalahkan atau dilemahkan.
42. Oleh itu, biarkanlah mereka (wahai Muhammad) tenggelam dalam kesesatannya dan leka bermain-main (dengan dunianya), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan).
43. laitu pada hari mereka keluar dari kubur masing-masing menuju (ke Padang Mahsyar) dengan cepat seakan-akan mereka berkejaran ke (tempat) berhala-berhala (yang mereka sembah dahulu),
44. Sambil pandangan mereka tunduk, serta mereka diliputi kehinaan. Itulah hari yang telah dijanjikan kepada mereka.
1. Sesungguhnya Kami telah mengutus (Nabi) Nuh kepada kaumnya, (dengan berfirman kepadanya), “Berikanlah peringatan dan amaran kepada kaummu sebelum mereka didatangi azab yang pedih.”
2. Dia pun (menyeru mereka dengan) berkata, “Wahai kaumku! Sesungguhnya aku ini diutus kepada kamu, sebagai pemberi peringatan dan amaran yang nyata,”
3. “laitu kamu hendaklah menyembah Allah dan bertakwa kepada-Nya, serta taat kepadaku,”
4. Nescaya Allah akan mengampuni sebahagian daripada dosa-dosa kamu dan memberi kamu hidup (dengan tidak terkena azab) hingga ke suatu masa yang tertentu. (Maka segeralah beribadah dan bertakwa) kerana sesungguhnya ajal (yang telah ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini, lalu kamu akan segera beriman).”
5. (Setelah puas menyeru mereka), Nuh berdoa dengan berkata, “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya mereka beriman),”
6. “Tetapi seruanku itu tidak memberikan mereka (sebarang faedah pun) selain daripada menambahkan mereka melarikan diri (daripada kebenaran).”
7. “Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (beriman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, mereka menyumbatkan telinga dengan jari masing-masing, dan menyungkup baju ke mukanya, serta berdegil dengan keingkarannya dan bersikap sombong yang melampau.”
8. “Kemudian aku telah menyeru mereka dengan terang-terangan,”
9. “Kemudian, aku (berulang-ulang) menyeru mereka dengan berterus-terang, dan menyeru mereka lagi secara berseorangan secara diam-diam.”
10. “Sehingga aku berkata (kepada mereka), “Mohonlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun.”
English
41. Of replacing them by (others) better than them, and We cannot be defeated.
42. Therefore leave them indulge in idle talk and play, until they meet their day which they are promised.
43. The day shall come out of the graves in haste, as if they were rushing to a goal,
44. Their eyes cast down, covered with disgrace. That is the day which they were promised.
1. Surely We sent Nuh’ to his people, saying: “Warn your people before comes to them a painful torment.”
2. He said: “O my people! Surely I am a clear warner to you.
3. That you should worship Allah, and fear Him, and obey me,
4. He will forgive you your sins, and respite you to an appointed term. Surely the term of Allah when it comes, it cannot be postponed, if you but knew.”
5. He said: “My Lord! I have called my people by night and by day,
6. But my calling has increased them in nothing but aversion.
7. And surely whenever I called them that You might forgive them, they put their fingers in their ears, and cover themselves with their garments and persist (in denial) and turn arrogant,
8. Then surely I called them aloud,
9. And then I called them in public and I spoke to them secretly in private,
10. And I told them, ‘Ask forgiveness of your Lord, surely He is Often Forgiving,
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Khulasah Al-Quran


