j15h297-Surah Al-Kahf

Halaman 297

Tarjuman
Bahasa Melayu

28. Dan jadikanlah dirimu sentiasa bersabar (berdamping rapat) dengan orang yang beribadah kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata, dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia, dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami jadikan hatinya lalai daripada mengingati (dan mematuhi pengajaran Kami dalam al-Quran) serta dia menurut hawa nafsunya dan tingkah lakunya pula melampaui batas kebenaran.

29. Dan katakanlah (wahai Muhammad), “Kebenaran itu (datang) daripada Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah dia beriman, dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya.” (Kerana) Kami telah menyediakan bagi orang yang berlaku zalim itu api neraka yang meliputi mereka dari sekeliling temboknya. Jika mereka meminta pertolongan (untuk minum kerana dahaga), mereka akan diberi air yang seperti tembaga cair yang membakar muka. Amatlah buruk minuman itu dan amatlah buruk (neraka) sebagai tempat berehat.

30. Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh sudah pasti Kami tidak akan mensia-siakan pahala orang yang berbuat baik.

31. Bagi mereka itu disediakan Syurga ‘Adn yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Mereka dihiasi di dalamnya dengan gelang-gelang emas dan memakai pakaian hijau daripada sutera halus dan sutera tebal yang bersulam. Mereka berehat di dalamnya (dengan berbaring) di atas pelamin-pelamin (yang berhias). (Demikian itulah) balasan yang sebaik-baiknya dan (syurga) sebaik-baik tempat berehat.

32. Dan berikanlah kepada mereka satu perumpamaan, dua orang lelaki, Kami adakan bagi salah seorang antara mereka berdua, dua buah kebun anggur dan Kami kelilingi kebun-kebun itu dengan pohon-pohon tamar serta Kami jadikan di antara keduanya jenis-jenis tanaman yang lain.

33. Kedua-dua kebun itu mengeluarkan hasilnya dan tiada mengurangi sedikit pun daripada hasil itu. Kami juga mengalirkan di antara kedua-duanya sebatang sungai.

34. Tuan kebun itu pula mempunyai harta (yang lain), lalu dia berkata kepada rakannya semasa dia berbincang dengannya, “Aku lebih banyak harta daripadamu dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai.”

English

28. And endure yourself with those who call upon their Lord morning and evening, desiring His presence (lit. His face) and let not your eyes wander away from them desiring the ornament of the life of this world and obey not him whose heart We have rendered heedless from Our remembrance, and who has followed his desire and whose affair is exceeding the limit. 

29. And say: “The truth is from your Lord, therefore whoever wills, let him believe, and whoever wills, then let him disbelieve.” Surely We have prepared for the wrongdoers a Fire that will surround them completely. And if they plead for help, they will be showered with water like molten brass which will scald their faces. What an evil drink served in a wretched place! 

30. Surely as for those who believe and do righteous deeds, We will certainly not waste the reward of him who does a good deed. 

31. These are the people for whom are the Gardens of Bliss, beneath which rivers flow. They will be given to wear therein bracelets of gold, and they will wear green garments of fine silk and gold embroidery. They will recline therein upon thrones. How excellent the reward and how beautiful the resting-place!

32. And set forth to them the parable of two men. We had given to one of them two gardens of grapes, and We surrounded them both with date palms, and We placed corn fields between them.

33. Each of the gardens produced its fruit, and failed not in the least therein, and in their midst We caused to flow a river. 

34. And for him (the owner), this was the fruit (season). Then he spoke to his companion who was having a conversation with him: “Surely I am greater than you in wealth, and stronger in respect of men (children).”

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul