Halaman 295
Tarjuman
Bahasa Melayu
16. “Dan (oleh kerana) kamu telah mengasingkan diri daripada mereka dan daripada apa yang mereka sembah selain Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu supaya Tuhan kamu melimpahkan daripada rahmat-Nya kepada kamu, dan menyediakan (kemudahan-kemudahan untuk menjayakan) urusan kamu dengan memberikan bantuan yang berguna.”
17. Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka dan apabila ia terbenam, menjauhi mereka ke arah kiri, sedangkan mereka berada di satu lapangan di dalam gua itu. Yang demikian itu ialah sebahagian tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayah oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk. Dan sesiapa yang disesatkan-Nya, maka engkau sekali-kali tidak akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya.
18. Dan engkau menyangka mereka sedar, padahal mereka tidur. Dan Kami membolak-balikkan mereka (ketika tidur) ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri, sedangkan anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua. Jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri daripada mereka dan tentulah engkau akan merasa gerun kepada mereka.
19. Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (selepas tidur) supaya mereka saling bertanya sesama sendiri. Salah seorang antara mereka bertanya, “Berapa lama kamu tidur?” (Sebahagian daripada) mereka menjawab, “Kita telah tidur selama sehari atau setengah sehari.” (Sebahagian lagi daripada) mereka berkata, “Tuhan kamu lebih mengetahui tentang lamanya kamu tidur. (Sekarang) utuslah salah seorang daripada kamu membawa wang perak kamu ini ke bandar, kemudian biarlah dia (mencari dan memilih) mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ), kemudian hendaklah dia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya, dan hendaklah dia berlemah lembut (semasa di bandar), dan janganlah dia menceritakan hal kamu kepada sesiapapun.”
20. “Sesungguhnya jika mereka mengetahui hal kamu, tentulah mereka akan merejam (untuk membunuh) kamu atau mereka akan mengembalikan kamu kepada agama mereka (secara paksa). Jika berlaku demikian, kamu tidak sekali-kali akan beruntung selama-lamanya.”
English
16. And remember when you withdrew from them and from all that they worship beside Allah, therefore take refuge towards the cave, your Lord will spread forth for you something of His mercy, and He will make easy for you your affair.”
17. And you may see the sun when it rose, declining to the right from their cave and when it set, turning away from them to the left, while they lay in the hollow thereof. This is (one) of the signs of Allah. Whom Allah guides, he is then the one who is guided, and whoever He leaves to go astray, then you will not find for him any friend to lead him to the right path.
18. And you would think that they were awake, when they were in fact asleep, and We turned them to the right and to the left. And their dog lay stretching its paws at the entrance. Had you had a glance of them, you would surely have turned away from them running, and you would surely be filled with fear of them.
19. And thus We raised them up, that they might question one another. A speaker among them said: “How long have you tarried?” They replied: “We have tarried but a day or a part of a day.” (Others) said: “Your Lord knows best how long you have tarried. So send one of you with this silver (coin) to the city, then let him see which of its (inhabitants) has the purest food, then let him bring you some provision from it. And let him be courteous and let no man know of you.
20. For surely if they come to know of you, they will either stone you to death or force you to go back into their faith, and in that case you will never succeed.”
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi

