Surah Al-Kahf-j15h294

Halaman 294

Tarjuman
Bahasa Melayu

5. (Sebenarnya) mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya dan tiada juga bagi nenek moyang mereka. Alangkah besarnya (dosa) perkataan syirik yang keluar daripada mulut mereka. Mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.

6. Boleh jadi engkau pula (wahai Muhammad) akan membinasakan dirimu lantaran bersedih hati setelah mereka berpaling daripadamu, jika mereka enggan beriman kepada keterangan (al-Quran) ini.

7. Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana Kami hendak menguji mereka siapakah dalam kalangan mereka yang lebih baik amalnya.

8. Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menjadikan apa yang ada di bumi itu menjadi tanah rata lagi tandus.

9. Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad) bahawa kisah ‘Ashabul Kahfi’ dan ‘al-Raqim’ (nama batu bersurat) itu sahaja yang menakjubkan antara tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Kami?

10. (Ingatlah peristiwa) tatkala sekumpulan anak muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa, “Wahai Tuhan kami, berikanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah (kemudahan-kemudahan) serta petunjuk kepada kami untuk (keselamatan agama) kami.”

11. Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya di dalam gua itu bertahun-tahun.

12. Kemudian Kami bangkitkan mereka (daripada tidur) untuk Kami mengetahui siapakah daripada dua golongan antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (di dalam gua itu).

13. Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar. Sesungguhnya mereka itu ialah anak-anak muda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan mereka dengan hidayah.

14. Dan Kami teguhkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian) semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata, “Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbir langit dan bumi. Kami sekali-kali tidak akan menyembah Tuhan selain daripada-Nya. (Jika kami mengatakan kami menyembah selain-Nya bermakna) kami memperkatakan kata-kata yang zalim lagi jauh daripada kebenaran.”

15. (Mereka berkata pula sesama sendiri), “Kaum kita itu menyembah beberapa tuhan selain daripada Allah. Sepatutnya mereka mengemukakan keterangan yang nyata (untuk membuktikan ketuhanan makhluk-makhluk yang mereka sembah itu). Maka tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah.”

English

5. No knowledge have they, nor their fathers. Dreadful is this word that comes out of their mouths. What they say is nothing but a lie. 

6. Then it may be you will kill yourself with grief on their account, if they do not believe in this message (Qur’an).

7. We have made whatever is on the earth as an ornament for it, in order that We may test them as to which of them is the most excellent in deeds. 

8. And We are surely going to make whatever is on it completely barren. 

9. Or do you think that the Companions of the Cave and the Inscription were among Our wonderful signs?

10. When a number of young men took refuge towards the cave, and said: “Our Lord! Give us from Yourself mercy and prepare for us a right course in our affair.” 

11. So We sealed their ears in the cave for a number of years.

12. Then We raised them up, so that We might know which of the two groups could better remember the length of time they had remained there.

13. We relate to you (O Muhammad!) their story in truth. Surely they were a number of young men who believed in their Lord, and We increased them in guidance. 

14. And We strengthened their hearts when they stood up and said: “Our Lord is the Lord of the heavens and the earth, we will never call upon any god besides Him, if we did that, we should indeed have uttered an enormity. 

15. These our people have adopted besides Him (other) gods. Why do they not bring any clear authority with regard to them? And who is more evil than he who forges a lie against Allah?

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Khulasah Al-Quran

Asbab-al-Nuzul