Halaman 603
Tarjuman
Bahasa Melayu
1. Katakanlah (wahai Muhammad), “Wahai orang kafir!”
2. “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah,”
3. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah,”
4. “Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah.”
5. “Dan kamu pula tidak pernah menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.”
6. “Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.”
1. Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai kota Makkah),
2. Dan engkau melihat manusia masuk ke dalam agama Allah beramai-ramai.
3. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Dia Maha Penerima taubat.
1. Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa!
2. Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.
3. Dia akan masuk ke dalam api neraka yang marak menjulang,
4. Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api.
5. Di lehernya ada tali, daripada tali-tali yang dipintal daripada sabut.
English
1. Say: “O disbelievers!
2. I worship not that which you worship.
3. Nor do you worship that which I worship.
4. Nor will I ever worship that which you worship.
5. Nor do you worship that which I worship.
6. For you is your religion, and for me is my religion.”
1. When the help of Allah comes, and the victory (conquest of Makkah).
2. And you will see men entering the religion of Allah in crowds,
3. Then glorify your lord with praises, and ask His forgiveness. Surely He is Often Returning.
1. Perish the two hands of Abu Lahab (the father of flame), and perish he!
2. His wealth and what he earns will not avail him.
3. He will soon be burnt in a Fire full of flames.
4. And his wife, carrier of fire-wood.
5. Round her neck is a halter of twisted palm-fibre.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul

Khulasah Al-Quran




