Surah Al-Jinn-j29h573

Halaman 573

Tarjuman
Bahasa Melayu

14. “Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya al-Quran, nyatalah) ada antara kami golongan yang beragama Islam, dan ada pula golongan yang (kafir dengan) menyeleweng daripada jalan yang benar. Maka, sesiapa yang menyerah diri (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang benar-benar telah berusaha mencari jalan yang benar,”

15. Adapun orang yang menyeleweng daripada jalan yang benar, maka mereka akan menjadi bahan bakaran bagi Neraka Jahanam.”

16. (Nabi Muhammad diwahyukan bagi menerangkan lagi), dan sesungguhnya sekiranya mereka (manusia dan jin) itu berjalan lurus di atas jalan (Islam) itu, sudah tentu Kami akan memberi minum kepada mereka air yang melimpah ruah.

17. (Pemberian yang demikian) supaya Kami menguji mereka dalam menikmati apa yang Kami berikan itu (adakah mereka bersyukur dan istiqamah menurut Islam). (Ingatlah) sesiapa yang berpaling daripada mengingati Tuhannya (dengan berlaku ingkar, maka) Tuhan akan memasukkannya ke dalam azab yang amat berat.

18. Dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah kepunyaan Allah semata-mata (untuk beribadah kepada-Nya). Maka, janganlah kamu menyembah sesiapa pun di dalamnya bersama-sama Allah.

19. Dan sesungguhnya, ketika hamba Allah (Nabi Muhammad) berdiri mengerjakan ibadah kepada-Nya, mereka hampir-hampir menindih satu sama lain mengerumuninya.

20. Katakanlah (wahai Muhammad), “Sesungguhnya aku hanyalah beribadah kepada Tuhanku semata-mata, dan aku tidak mempersekutukan-Nya dengan sesiapa pun.”

21. Katakanlah lagi, “Sesungguhnya aku tidak berkuasa mendatangkan sebarang mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan sebarang kebaikan bagi kamu.”

22. Katakanlah lagi, “Sesungguhnya aku sekali-kali tidak akan dapat diberi perlindungan oleh sesiapa pun daripada (azab) Allah (jika aku menderhaka kepada-Nya), dan aku sekali-kali tidak akan mendapat tempat perlindungan selain daripada-Nya,”

23. “Aku hanya mampu menyampaikan (wahyu) daripada Allah dan perintah-perintah-Nya. Sesiapa yang menderhaka kepada Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya disediakan baginya Neraka Jahanam, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.”

24. (Golongan yang kafir itu tetap memandang engkau lemah dan kurang penyokong wahai Muhammad), sehingga apabila mereka melihat (azab) yang dijanjikan kepada mereka, maka (pada saat itu) mereka akan mengetahui siapakah orangnya yang lebih lemah penolong-penolongnya, dan sedikit jumlah bilangannya.

25. (Kalau ditanya bilakah azab itu? Maka) katakanlah, “Aku tidak mengetahui sama ada (azab) yang dijanjikan kepada kamu itu sudah dekat, atau Tuhanku menjadikan bagi azab itu satu tempoh yang panjang.”

26. “Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Dia tidak mendedahkan perkara ghaib itu kepada sesiapa pun,”

27. “Melainkan kepada rasul yang diredai-Nya (dengan memberitahu sebahagian daripada perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya sekiranya dikehendaki Allah), maka Dia mengadakan di hadapan dan di belakang rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasinya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan).”

28. “(Tuhan mengadakan malaikat-malaikat itu) supaya Dia mengetahui bahawa sesungguhnya rasul-rasul itu (dengan jagaan mereka) telah menyampaikan risalah-risalah Tuhan mereka (dengan sempurna), padahal ilmu-Nya meliputi segala keadaan yang ada pada mereka, serta Dia menghitung segala sesuatu satu per satu.”

English

14. And that some among us are Muslims, and some among us are unjust. Therefore those who have embraced Islam, then they have sought out the right guidance. 

15. And as to the unjust, they then are the fuel of Hell.” 

16. And that if they keep to the (right) path, We will give them to drink of abundant water,

17. In order that We may try them therein. And whoever turns away from the remembrance of his Lord, He will make him join a severe torment. 

18. And that the mosques belong to Allah, therefore call not upon anyone with Allah. 

19. And when the servant of Allah stood up calling upon Him, they crowded on him.

20. Say: “I only call upon my Lord! And I associate no one as partner with Him.” 

21. Say: “Surely I am not master of either hurt or good for you.” 

22. Say: “Surely no one can protect me from Allah, nor do I find any place of refuge besides Him, 

23. It is but a proclamation from Allah, and His messages. And whoever disobeys Allah and His Messenger then surely for him there is the Fire of Hell, abiding therein forever.” 

24. Until when they see that which they are promised, then they will know who is weaker in helpers, and fewer in numbers. 

25. Say: “I know not whether that which you are promised is near, or whether my Lord will appoint for it a term.” 

26. He is the Knower of the unseen, and He does not reveal His unseen to anyone,

27. Except to the messenger whom He chooses and surely He makes a guard to march before him and behind him,

28. So that He may know that they have delivered the messages of their Lord, and He encompasses all that which is with them, and He keeps count of all things. 

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul