Surah Al-Jinn-j29h572

Halaman 572

Tarjuman
Bahasa Melayu

1. Katakanlah (wahai Muhammad), “Telah diwahyukan kepadaku bahawa sesungguhnya, satu rombongan jin telah mendengar (al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata, “Sesungguhnya kami telah mendengar al-Quran yang sungguh menakjubkan,”

2. “Kitab yang memberi panduan ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan Tuhan kami dengan sesuatu makhluk.”

3. “Dan (ketahuilah wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya, Maha Tinggi kebesaran dan keagungan Tuhan kami, Dia tidak beristeri dan tidak beranak.”

4. “Dan (dengan ajaran al-Quran itu ternyatalah) bahawa sesungguhnya, orang yang kurang akal pertimbangannya daripada kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah kata-kata yang melampaui batas,”

5. “Dan bahawa sesungguhnya kami menyangka bahawa manusia dan jin tidak sekali-kali akan berani mengatakan sesuatu yang dusta terhadap Allah.”

6. “Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang daripada manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki daripada kalangan jin, kerana jin-jin itu menambahkan mereka dosa dan kesalahan.”

7. “Dan bahawa sesungguhnya (tidaklah benar) manusia menyangka sebagaimana yang kamu sangka bahawa Allah sekali-kali tidak akan membangkitkan manusia pada hari kiamat.”

8. “Dan sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita di langit, lalu kami dapati langit itu dipenuhi dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala.”

9. “Padahal sesungguhnya kami dahulu dapat menduduki tempat-tempat di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya). Tetapi sekarang sesiapa yang cuba mendengar, tentu akan menjumpai panahan api yang menyala yang menunggu memerhatikannya.”

10. “Dan sesungguhnya kami tidak mengetahui (dengan adanya kawalan langit yang demikian) adakah hendak ditimpakan bala bencana kepada penduduk bumi, ataupun Tuhan mereka hendak melimpahkan kebaikan kepada mereka?”

11. “Dan sesungguhnya (memang sedia maklum) bahawa ada antara kami golongan yang soleh dan antara kami yang tidak sedemikian. Kami masing-masing menempuh jalan dan cara yang berlainan.”

12. “Dan bahawa sesungguhnya kita (sekarang) mengetahui, bahawa kita sekali-kali tidak akan dapat melepaskan diri daripada azab Allah (walau di mana sahaja kita berada) di bumi, dan kita juga sekali-kali tidak akan dapat melarikan diri daripada-Nya (walau ke langit sekalipun).”

13. “Dan sesungguhnya kami ketika mendengar petunjuk (al-Quran), kami beriman kepadanya (dengan tidak bertangguh lagi). Sesiapa yang beriman kepada Tuhannya, maka dia tidak akan merasa bimbang (mengenai pengurangan pahala amalnya yang baik), dan tidak pula takut diperlakukan secara zalim (dengan menambahkan kesalahan dan dosa).”

English

1. Say: “It has been revealed to me that a party of the Jinn listened (to the Qur’an).” Then they said: “Surely we have heard a wonderful Qur’an, 

2. It guides to righteousness, and we have believed in it, and we will never join (in worship) anyone with our Lord. 

3. And that He, far high is the Majesty of our Lord, has not taken a wife nor a son,

4. And that the foolish among us used to say extravagant things about Allah. 

5. And that we thought that neither men nor Jinn would never speak a lie against Allah. 

6. And that some individuals among men used to take refuge with some individuals among the Jinn, so they increased them in oppression. 

7. And that they thought just as you thought, that Allah would not raise up anyone. 

8. And that we sought to reach heaven, but we found it filled with strong guards and flaming (meteors). 

9. And that we used to sit down in some of the sitting-places to (steal) a hearing, but whoever now tries to listen meets with a flaming (meteor) in wait for him. 

10. And that We know not whether it is evil which is meant for those on earth, or whether their Lord intends to guide them a right guidance. 

11. And that there are some among us the righteous, and some among us who are otherwise, we are sects following different ways. 

12. And that we believe that in no case can we escape Allah in the earth, and that we cannot escape by flight.

13. And that when we heard the guidance, we believed in it so whoever believes in his Lord will have no fear, of either loss nor oppression. 

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Khulasah Al-Quran