Halaman 502
Tarjuman
Bahasa Melayu
33. (Pada ketika itu) ternyatalah kepada mereka kejahatan-kejahatan yang mereka telah lakukan, serta mereka ditimpa oleh azab akibat apa yang mereka perolok-olokkan itu!
34. Dikatakan (kepada mereka), “Pada hari ini Kami melupakan kamu (menderita di dalam azab) sebagaimana kamu melupakan persediaan untuk menemui hari kamu ini, dan tempat kamu ialah neraka, dan kamu tidak akan beroleh sesiapa pun yang dapat memberikan pertolongan.”
35. “(Balasan buruk) yang demikian ini ialah kerana kamu telah menjadikan ayat-ayat Allah sebagai ejek-ejekan, dan kerana kamu telah membiarkan diri kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia.” Maka pada hari ini mereka tidak akan dikeluarkan dari neraka, dan mereka tidak diberi peluang untuk bertaubat (memperbaiki kesalahannya).
36. Maka bagi Allah jualah segala pujian, Tuhan yang mentadbir langit, dan Tuhan yang mentadbir bumi, Tuhan sekalian alam.
37. Dan bagi-Nya keagungan dan kekuasaan di langit dan di bumi, dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
1. Ha, Mim.
2. Diturunkan al-Quran ini daripada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
3. Kami tidaklah menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara kedua-duanya melainkan dengan tujuan yang benar dan dalam tempoh yang ditentukan (kemusnahannya iaitu sehingga ke hari kiamat). Orang yang kafir berpaling daripada menerima peringatan yang disampaikan kepada mereka.
4. Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang musyrik yang menentangmu), “Terangkanlah kepadaku mengenai apa yang kamu sembah selain Allah. Perlihatkan kepadaku apakah yang mereka telah ciptakan daripada bahagian bumi ini? Atau adakah mereka mempunyai sebarang perkongsian (dengan Allah) dalam mencipta dan menguruskan langit? Bawalah kepadaku sebuah kitab (daripada Allah) sebelum al-Quran ini, atau sebarang keterangan yang berdasarkan ilmu (peninggalan orang yang telah lalu) jika kamu adalah orang yang benar (tentang dakwaan kamu itu).”
5. Siapakah yang lebih sesat daripada orang yang menyembah sesuatu yang lain daripada Allah, yang tidak dapat memperkenankan (permintaannya semenjak di dunia) hinggalah ke hari kiamat, sedangkan makhluk-makhluk yang mereka sembah itu tidak menyedari atau memberi layanan baik kepada permohonan mereka (kerana berhala-berhala itu adalah benda yang mati dan tidak berakal).
English
33. And the evil deeds they did shall become apparent to them, and what they mocked at will encompass them.
34. And it shall be said: “Today We forget you, just as you forgot the meeting of this day of yours, and your abode is the Fire, and you will have no helpers.
35. This is so because you took the signs of Allah for a jest (mockery), and the life of the world deceived you.” Therefore this day, they shall not be taken out from it (Hell), nor shall they be excused.
36. Therefore to Allah belongs all praise, Lord of the heavens and Lord of the earth, Lord of all the worlds.
37. And to Him belongs the Majesty in the heavens and the earth, for He is the All-Mighty, the All-Wise.
1. Ha, Mim.
2. The revelation of this Book is from Allah, the All-Mighty, the All-Wise.
3. We have not created the heavens and the earth and what is between them except for a purpose, and for an appointed term; but those who disbelieve turn away from what they are warned of.
4. Say: “(O Muhammad) to the pagans) have you considered those whom you call upon besides Allah? Show me what they have created of the earth, or have they a share in the heavens? Bring me any book before this, or any trace of knowledge, if you are truthful.”
5. And who is more astray than he who calls upon, besides Allah, those that will not answer him till the Day of Resurrection and who are unaware of their calls to them?
Mandarin

Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Khulasah Al-Quran

