Surah Al-Isra’-j15h292

Halaman 292

Tarjuman
Bahasa Melayu

97. Dan sesiapa yang diberi hidayah oleh Allah, maka dialah yang sebenar-benarnya mendapat hidayah. Dan sesiapa yang disesatkan-Nya, maka engkau sekali-kali tidak akan mendapati bagi mereka penolong-penolong selain daripada-Nya. Kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat (dengan menyeret masing-masing) atas mukanya dalam keadaan buta, bisu dan pekak. Tempat kediaman mereka ialah Neraka Jahanam. Setiap kali malap julangan apinya, Kami tambahkan mereka dengan api yang menjulang-julang.

98. Balasan mereka yang sedemikian adalah kerana mereka mengingkari ayat-ayat Kami dan mereka berkata, “Adakah sesudah kami menjadi tulang belulang dan benda reput, kami benar-benar akan dibangkitkan semula dalam kejadian yang baru?”

99. Tidakkah mereka mahu memperhatikan bahawa Allah yang menciptakan langit dan bumi, berkuasa menciptakan (orang) yang seperti mereka (dalam bentuk yang baru), dan Dia telah pun menentukan bagi mereka ajal yang tidak ada syak padanya? Maka orang yang zalim enggan menerima melainkan dengan kekufuran.

100. Katakanlah (wahai Muhammad), “Jika kamu memiliki perbendaharaan rahmat Tuhanku (pada ketika itu), tentulah kamu akan menahannya kerana takut kehabisan. Sememangnya manusia itu bertabiat sangat bakhil.”

101. Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada (Nabi) Musa sembilan mukjizat yang jelas nyata (membuktikan kebenarannya), maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada Bani Israel (tentang itu) tatkala (Nabi Musa) datang kepada Firaun dan kaumnya (serta menunjukkan mukjizatnya), lalu berkatalah Firaun kepadanya, “Sesungguhnya aku fikir engkau ini wahai Musa, seorang yang terkena sihir.”

102. (Nabi Musa) menjawab, “Sebenarnya engkau (wahai Firaun) telah pun mengetahui, tiadalah yang menurunkan (mukjizat-mukjizat) ini melainkan Tuhan yang mencipta dan mentadbir langit dan bumi sebagai bukti-bukti yang menerangkan kebenaran. Dan sebenarnya aku fikir engkau wahai Firaun akan binasa.”

103. Maka Firaun pun (bercadang) hendak mengusir mereka dari bumi (Mesir), lalu Kami tenggelamkan dia bersama-sama pengikutnya seluruhnya.

104. Dan Kami katakan kepada Bani Israel sesudah (Firaun dibinasakan), “Tinggallah kamu di negeri itu, maka apabila datang hari akhirat, Kami datangkan kamu (ke padang Mahsyar) dengan bercampur baur (bersama musuh-musuh kamu).”

English

97. And he whom Allah guides, he is the one who is on the right path, but he whom He leaves to go astray, then you will find for them no protectors besides Him. And We will assemble them on the Day of Resurrection down on their face, blind and dumb and deaf. Their abode is Hell. Every time it gets low, We will increase the flame for them. 

98. That is their recompense because they disbelieved in Our Signs, and said: “What! when we have turned into bones and dust, should we really be raised up into a new creation?” 

99. Have they not considered now that Allah Who created the heavens and the earth is able to create the like of them? And We have appointed for them a term, no doubt therein but the wrongdoers reject everything except disbelief. 

100. Say: “If you had the mastery of the treasures of the Mercy of my Lord, in that case you would surely have kept them closed for fear of spending them, for man is miserly.” 

101. And most certainly We gave Musa nine clear signs, therefore ask the Children of Isra’il when he came to them, then Pharaoh said to him: “Most surely I fancy you, O Musa, to be bewitched.”

102. (Musa) replied: “Surely you know that none has sent down these (signs) except the Lord of the heavens and the earth as clear proofs and surely I believe you, O Pharaoh, to be of those who are to be destroyed.” 

103. Then he desired to destroy them in the land, therefore We drowned him and those with him altogether. 

104. And We said thereafter to the Children of Isra’il: “Settle in the (holy) land, then when the promise of the Hereafter falls due, We will bring you all rolled together.” 

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi