Surah Al-Isra’-j15h288

Halaman 288

Tarjuman
Bahasa Melayu

59. Dan tiada yang menghalang Kami daripada mengirimkan mukjizat (yang mereka minta itu) melainkan (kerana jenis mukjizat itu) telah pun didustakan oleh kaum-kaum yang telah lalu. Dan Kami telah pun memberikan kepada kaum Thamud unta betina sebagai mukjizat yang menjadi keterangan nyata, lalu mereka berlaku zalim kepadanya. Dan Kami tidak mengirim mukjizat-mukjizat itu melainkan untuk menjadi amaran (bagi kebinasaan orang yang memintanya kalau mereka tidak beriman).

60. (Ingatlah) ketika Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), bahawa sesungguhnya (ilmu) Tuhanmu meliputi seluruh manusia. Tiadalah Kami menjadikan pandangan (pada malam Israk Mikraj) yang telah Kami perlihatkan kepada engkau melainkan sebagai satu ujian bagi manusia. (Demikian juga Kami jadikan) pokok (zaqqum) yang dilaknat (disebut) dalam al-Quran. Kami menakut-nakutkan mereka (dengan pelbagai amaran), maka semuanya itu tidak menambahkan mereka melainkan kederhakaan yang melampau-lampau.

61. Dan (ingatlah peristiwa) tatkala Kami berfirman kepada malaikat, “Sujudlah kamu kepada Adam,” maka mereka bersujud melainkan iblis. Dia berkata, “Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau ciptakan daripada tanah (yang diadun)?”

62. (Iblis) berkata lagi, “Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan melebihiku? Jika Engkau memberi tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan menyesatkan zuriat keturunannya kecuali sebilangan kecil sahaja.”

63. Allah berfirman (kepada iblis), “Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang mengikut engkau dalam kalangan mereka, maka sesungguhnya Neraka Jahanam balasan buat kamu semua sebagai balasan yang cukup memadai.

64. Dan hasutlah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan pujuk rayumu dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki (untuk mengalahkan mereka), serta masuk campurlah dengan mereka (dalam menguruskan) harta benda dan anak-anak (mereka), dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu).” Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.

65. Sesungguhnya hamba-hamba-Ku (yang beriman dengan ikhlas) tiadalah engkau (wahai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya). Cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung.

66. Tuhan kamulah yang melayarkan untuk kamu kapal-kapal di laut supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurniaan-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Penyayang kepada kamu.

English

59. And nothing prevents Us from sending the signs, but the fact is that the ancients rejected them. And We gave Thamud the she-camel as a clear sign, but they wronged her. And We send not signs except to warn.

60. And (remember) when We said to you: “Surely your Lord has encompassed mankind.” And We made not the vision which We showed you but as a test for the people, and so was the case of the cursed tree in
the Qur’an. And We warn them, but it increases them in nothing except in a great rebellion.

61. And when We said to the angels: “Prostrate to Adam,” so they prostrated except Iblis. He said: “Shall I prostrate to him whom You have created of clay?”

62. He (further) said: “Tell me, is this he whom You have honoured above me? Surely if You give me respite till the Day of Resurrection, I will most
certainly draw his offspring to destruction except a few.”

63. (Allah) replied: “Go. Therefore, whoever of them follows you, then Hell surely is your recompense, a sufficient recompense.

64. And with your voice make fools of them whomsoever you can, and attack them with your horsemen and your foot soldiers, and be their partner in their wealth and their children and make promises to them.” And Satan makes no promise to them except as a deception.

65. “Surely as for My servants, you have no authority over them.” And
sufficient is your Lord as a protector.

66. Your Lord is He who drives the ships for you in the sea that you may
seek of His grace. Surely He is Most Merciful to you.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul