Halaman 285
Tarjuman
Bahasa Melayu
28. Dan jika engkau terpaksa berpaling (daripada membelanjakan harta kerana belum berkemampuan), kerana mengharapkan rahmat daripada Tuhanmu, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang menyenangkan hati.
29. Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu (kedekut), dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya (kerana akibatnya) engkau akan menjadi tercela dan menyesal.
30. Sesungguhnya Tuhanmu yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Dia juga yang menyempitkannya. Sesungguhnya Dia Maha Mendalam pengetahuan-Nya lagi Maha Melihat (akan hamba-hamba- Nya).
31. Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan. Kami yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.
32. Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk (yang membawa kerosakan).
33. Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. Sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah memberikan kekuasaan kepada warisnya (untuk menuntut qisas atau menerima diat). (Dalam pada itu), janganlah dia melampaui batas dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya dia adalah orang yang mendapat pertolongan (menurut hukum syarak).
34. Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang terbaik (untuk mengurus dan mengembangkannya) sehingga dia baligh (dewasa serta layak mengurus hartanya dengan sendiri). Sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia). Sesungguhnya perjanjian itu akan dipertanggungjawabkan.
35. Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat dan timbanglah dengan timbangan yang adil. Yang demikian itu baik (kesannya bagi kamu di dunia) dan sebaik-baik kesudahan (yang mendatangkan pahala di akhirat kelak).
36. Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semua (anggota-anggota itu) tetap akan ditanya (tentang apa yang dilakukannya).
37. Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.
38. Semua (perintah dan larangan itu) adalah kejahatan yang dibenci di sisi Tuhanmu.
English
28. And in case you turn away from them seeking a favour from your Lord which you hope for, then speak to them mildly.
29. And keep not your hand tied to your neck, nor stretch it an entire stretching, lest you sit down blameworthy and in severe poverty.
30. Surely your Lord spreads out the provision for whom He wills, and He straitens it (for whom He wills). Surely He is Well-Acquainted of His servants, Seeing.
31. And kill not your children for fear of poverty. We provide for them, as well as for you. Surely killing them is a heinous sin.
32. And go not near to adultery, surely it is an indecency, and an evil way.
33. And kill not any soul which Allah has forbidden except with justice. And whoever is killed unjustly, then surely We have given to his trustee an authority, but let him not exceed the limits in killing. Surely he is helped (by law).
34. And use not the belongings of the orphan except in the best way until he reaches his maturity and fulfil the covenant, surely the covenant will be inquired about.
35. And give full measure when you measure, and weigh with a right balance, that is better and most excellent in the end.
36. And pursue not that of which you have no knowledge. Surely the ear and the eye and the heart, all of these will be inquired about.
37. And walk not on the earth boastfully. Surely you cannot cut the earth
(in two), nor can you reach the mountains in height.
38. The evil of all these (things prohibited) is hateful in the sight of your Lord.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul


