Halaman 284
Tarjuman
Bahasa Melayu
18. Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki bagi sesiapa yang Kami kehendaki. Kemudian Kami sediakan baginya Neraka Jahanam (di akhirat kelak) untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi terusir (daripada rahmat Allah).
19. Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha (mengerjakan amalan yang baik untuk akhirat) dengan usaha yang selayaknya, sedangkan dia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya diberi pahala terhadap amal usahanya.
20. Tiap-tiap golongan daripada kedua-duanya (iaitu) golongan dunia ini dan golongan akhirat, Kami menghulurkan kepada mereka daripada pemberian Tuhanmu (wahai Muhammad). Tiadalah pemberian Tuhanmu itu tersekat (daripada sesiapapun).
21. Lihatlah bagaimana Kami melebihkan sebahagian daripada mereka mengatasi sebahagian yang lain (dalam pemberian rezeki Kami itu). Sesungguhnya (pemberian) di akhirat lebih besar darjat perbezaannya dan lebih besar keutamaannya.
22. Janganlah engkau mengadakan tuhan yang lain di samping Allah (dalam ibadahmu, kerana akibatnya) engkau akan tinggal dalam keadaan tercela lagi terhina.
23. Dan Tuhanmu telah memerintah supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada kedua-duanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘Ah’, dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
24. Dan hendaklah engkau merendahkan diri kepada kedua-duanya dengan penuh belas kasihan dan kasih sayangmu dan (doakanlah untuk mereka) dengan berkata, “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka sebagaimana mereka telah (mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan) mendidikku semasa kecil.”
25. Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada dalam hati kamu. Kalaulah kamu orang yang bertujuan baik (mematuhi perintah-Nya), maka sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat.
26. Dan berikanlah kepada kaum kerabatmu, orang miskin dan orang musafir akan haknya masing-masing. Janganlah engkau membelanjakan hartamu secara boros.
27. Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.
English
18. He who desires the present (life), We hasten to him therein whatever We please and for whomever We decide. Then We appoint for him Hell, he will suffer forever, disgraced and rejected.
19. But he who desires the Hereafter, and strive for it as it ought to be striven for, and he is a believer, these are the ones whose striving shall be accepted (by Allah).
20. To all do We bestow, these as well as those, from the bounties of your Lord. And the bounties of your Lord are not confined.
21. See how We excel some of them above the others. And the Hereafter is greater in ranks and greater in bounty (excellence).
22. Take not any other god with Allah, lest you be made to sit down blamed and helpless.
23. And your Lord has decreed that you worship none but Him alone and that you do good to the parents. If either of them or both of them reach old age while you are alive, then say not to them a word of disrespect, and scold them not, and speak to them with a noble speech.
24. And lower to them the wing of humility out of compassion, and say: “My Lord! Be kind to them as they brought me up when I was young.”
25. Your Lord knows best what is in your hearts. If you are righteous, then, surely, He is Forgiving to those who turn (to Him).
26. And give to the near of kin his due, and to the needy, and the wayfarer, and do not squander wealth wastefully.
27. Surely the wasteful are the brothers of the Evil Ones and the Evil One is ungrateful to his Lord.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi

