Halaman 587
Tarjuman
Bahasa Melayu
1. Apabila langit terbelah,
2. Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan,
3. Dan apabila lautan meluap-luap,
4. Dan apabila kubur-kubur dibongkar.
5. (Setelah semuanya itu berlaku), maka setiap diri akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan diabaikannya.
6. Wahai manusia! Apakah yang memperdayakan kamu (berbuat derhaka) kepada Tuhanmu Yang Maha Pemurah?
7. Tuhan yang telah menciptamu, lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (binaan tubuh badanmu) seimbang.
8. Dalam apa sahaja bentuk dan rupa yang dikehendaki-Nya, Dia menyusun kejadianmu.
9. Bukan setakat derhaka sahaja (yang kamu lakukan), bahkan kamu turut mendustakan hari pembalasan.
10. Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasi segala perilaku kamu.
11. (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amalan-amalan kamu).
12. Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan (tanpa kecuali).
13. Sesungguhnya orang yang banyak berbakti (dengan ketaatan dan amal kebajikan), benar-benar akan berada dalam syurga yang penuh kenikmatan.
14. Dan sesungguhnya orang yang derhaka, akan ditempatkan di dalam Neraka Jahim yang marak menjulang.
15. Mereka akan masuk ke dalam neraka itu pada hari pembalasan.
16. Dengan keadaan mereka sekali-kali tidak dapat melarikan diri daripadanya,
17. Dan apakah yang kamu tahu mengenai hari pembalasan itu?
18. Sekali lagi (ditanya), apakah yang kamu tahu mengenai hari pembalasan itu?
19. (Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikit pun kepada orang lain dan segala urusan pada hari itu dalam kekuasaan Allah.
1. Kecelakaan besar bagi orang yang curang (menipu dalam timbangan dan sukatan).
2. laitu apabila mereka menerima sukatan daripada orang lain mereka meminta dipenuhi,
3. Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka menguranginya.
4. Adakah mereka menyangka bahawa mereka tidak akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)?
English
1. When the sky is cleft asunder.
2. And when the planets are scattered.
3. And when the seas are burst forth.
4. And when the graves are laid open.
5. (Then) each soul will know what it has sent forward, and (what) it has left behind.
6. O man! What has deceived you with regard to your Lord, the Most Honoured?
7. Who created you, then perfected you, then gave you due proportion,
8. In whatever form He willed, He put you together.
9. No, but you deny the Judgement.
10. And most surely there are guardians (angles) over you.
11. Honourable, recording (your deeds).
12. They know all what you do.
13. Most surely the pious will be in Bliss.
14. And most surely the wicked will be in the Fire of Hell.
15. They will enter it on the Day of Judgement.
16. And they will not be able to hide themselves therefrom.
17. And what will make you know what the Day of Judgement is?
18. Again, what will make you know what the Day of Judgement is?
19. The day when no soul shall have power to do anything for any other soul, and the command that day will wholly belong to Allah.
1. Woe to the defrauders.
2. Those who, when they take the measure from men, demand full measure.
3. But when they give by measure to others or weight to them, they give less.
4. Do they not believe that they will be raised up?
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Khulasah Al-Quran

Asbab-al-Nuzul


