j26h516-Surah Al-Hujurat

Halaman 516

Tarjuman
Bahasa Melayu

5. Kalaulah mereka bersabar menunggu sehingga engkau keluar menemui mereka, tentulah cara yang demikian lebih baik bagi mereka. (Ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

6. Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

7. Ketahuilah bahawa dalam kalangan kamu ada Rasulullah. Kalaulah dia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran. Tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menghiaskan hati kamu dengannya, serta menjadikan kamu benci kepada kekufuran, kefasikan dan kederhakaan. Mereka yang bersifat demikian ialah orang yang mengikut jalan yang lurus.

8. (Mereka dijadikan berkeadaan demikian) sebagai limpah kurniaan dan nikmat pemberian daripada Allah. (Ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

9. Jika dua pihak daripada orang yang beriman berperang, maka damaikanlah antara kedua-duanya. Tetapi jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka perangilah puak yang zalim itu sehingga dia kembali mematuhi perintah Allah. Jika dia kembali patuh maka damaikanlah antara kedua-duanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah (dalam segala perkara). Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berlaku adil.

10. Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu, dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

11. Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (daripada kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) kemungkinan puak lelaki yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka. Janganlah pula sesuatu puak daripada kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) kemungkinan puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka. Janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruk gelaran nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman. (Ingatlah) sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang yang zalim.

English

5. And had they been patient until you came out to them, it would have been better for them. But Allah is Often Forgiving, Most Merciful.

6. O you who believe! If a wicked person brings you any news, then have it clarified, lest you harm a people, out of ignorance, then you become sorry for what you did.

7. And know that you have among you the Messenger of Allah. If he were to obey you in many matters, you would surely fall into trouble, but Allah has endeared the faith to you, and adorned it in your hearts, and He has made disbelief, and corruption, and disobedience hateful to you. Such are they who are the rightly guided.

8. This is a Grace and Favour from Allah and Allah is Knowing, Wise.

9. And if two parties of the believers fight each other, then make peace between them, but if one of them transgresses against the other, then fight you (all) against the one that transgresses until it submits to the command of Allah, then if it submits, then make peace between them with justice, and be equitable. Surely Allah loves those who are equitable. 

10. The believers are nothing else but a brotherhood, therefore make peace between your brothers, and fear Allah, that you may be shown mercy.

11. O you who believe! Let not a group laugh (scoff) at another group, for they may be better than they nor women (laugh) at other women, for they may be better than they. And do not defame your own people, nor call one another by nicknames, bad is the reputation of wickedness after that of faith. And he who does not repent, then such are the wrongdoers.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul