Halaman 266
Tarjuman
Bahasa Melayu
71. Dia (Nabi Lut) berkata, “Mereka ini anak-anak perempuanku, kalaulah kamu mahu melakukan (secara halal).”
72. Demi umurmu (wahai Muhammad), sesungguhnya mereka membuta tuli dalam kemabukan maksiat mereka.
73. Akhirnya mereka pun dibinasakan oleh letusan suara yang kuat (yang menggempakan bumi) ketika matahari terbit.
74. Maka Kami jadikannya (negeri kaum Lut itu) tunggang terbalik dan Kami hujani atasnya dengan batu daripada tanah yang dibakar.
75. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda pengajaran bagi orang yang memerhati dan memikirkannya.
76. Dan sesungguhnya (negeri kaum Lut) yang telah binasa itu terletak di jalan yang tetap dilalui manusia.
77. Sesungguhnya keadaan yang demikian benar-benar mengandungi satu tanda yang memberi kesedaran kepada orang yang beriman.
78. Dan begitu juga penduduk kampung Aikah, mereka adalah orang yang berlaku zalim.
79. Maka Kami membalas kezaliman mereka itu (dengan azab yang membinasakan). Sesungguhnya kedua-dua negeri itu terletak di jalan yang terang (tempat lalu-lalang kafilah).
80. Dan demi sesungguhnya penduduk al-Hijr telah mendustakan rasul-rasul.
81. Dan Kami telah berikan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami, namun mereka terus juga berpaling.
82. Dan mereka memahat sebahagian daripada gunung-ganang sebagai tempat tinggal dengan rasa aman (daripada sesuatu bahaya).
83. (Meskipun demikian), mereka dibinasakan juga oleh pekikan suara yang kuat (yang menggempakan bumi) pada waktu pagi.
84. Maka apa yang mereka telah usahakan itu tidak dapat menolong mereka sedikit pun.
85. Dan tidaklah Kami mencipta langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya-duanya itu melainkan dengan cara yang hak. Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, oleh itu maafkanlah mereka dengan cara yang baik.
86. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia-lah yang menciptakan sekalian makhluk lagi Maha Mengetahui.
87. Sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu tujuh ayat (al-Fatihah) yang diulang-ulang bacaannya (dalam solat) dan al-Quran yang agung.
88. Janganlah tertarik pandanganmu kepada nikmat kesenangan yang Kami berikan kepada beberapa golongan antara mereka (orang kafir) dan janganlah engkau merasa dukacita terhadap mereka dan sebaliknya hendaklah engkau merendah diri kepada orang yang beriman.
89. Dan katakanlah (wahai Muhammad), “Sesungguhnya aku ini adalah seorang (Rasul) pemberi amaran (dengan bukti-bukti) yang nyata.”
90. Sebagaimana Kami menurunkan (kitab-kitab) kepada mereka yang membahagi-bahagi (kitab Allah sebelumnya iaitu Yahudi dan Nasrani).
English
71. He said: “Here are my daughters, if you are going to do (anything).”
72. By your life (O Muhammad!) surely they were drunk in their (lust), blindly wandering on.
73. Then a roaring blast seized them at sunrise.
74. Then We turned it (the city) upside down. And We rained down upon them baked stones.
75. Surely, there are signs in this for those who examine things and see signs in them.
76. And surely it (the city) is on a road that still exists.
77. Surely, there is a Sign in this for the believers.
78. And the Companions of the Wood were also wrongdoers.
79. Therefore We made them taste retribution, and surely both these cities are on an open road.
80. And most surely the Companions of the Rock rejected (their) messengers.
81. And We gave them Our signs, but they turned away from them.
82. And they used to hew out houses in the mountains, (wherein they could live) in security.
83. Then the roaring blast overtook them in the morning.
84. And what they earned did not avail them.
85. And We have not created the heavens and the earth and what is between them, except with truth. And most surely the Hour is coming, therefore pass over (their insults) a noble passing over.
86. Surely your Lord is He who is the Great Creator, the All-Knowing.
87. And most surely We have given you seven often repeated (verses), and the Great Qur’an.
88. Stretch not your two eyes to what We have given certain classes of
them, and grieve not for them, but spread the wings of your tenderness
over the believers.
89. And say: “Surely as for me, I am a plain warner.”
90. Just as We sent down on those who divided.
Mandarin

Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
