Halaman 547
Tarjuman
Bahasa Melayu
10. Dan orang (Islam) yang datang sesudah mereka (berdoa dengan) berkata, “Wahai Tuhan kami! Ampunilah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang telah beriman sebelum kami, dan janganlah Engkau wujudkan perasaan hasad dengki dalam hati kami terhadap orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.”
11. Tidakkah engkau memperhatikan (wahai Muhammad) terhadap sikap orang munafik itu yang berkata kepada saudara-saudara mereka yang kafir daripada kalangan Ahli Kitab (kaum Yahudi), “Sesungguhnya, jika kamu diusir keluar sudah tentu kami akan keluar bersama-sama kamu, dan kami tidak akan tunduk taat kepada sesiapa pun untuk menentang kamu selama-lamanya, dan jika kamu diperangi, sudah pasti kami akan membela kamu!” Allah menyaksikan bahawa sebenarnya mereka adalah pendusta.
12. Sesungguhnya jika orang (Yahudi) itu diusir keluar (dari Madinah), mereka (yang munafik) ini tidak akan keluar bersama-sama mereka, dan sesungguhnya jika orang (Yahudi) itu diperangi, mereka (yang munafik) ini tidak akan membelanya, dan sesungguhnya, jika mereka membelanya sekalipun, sudah tentu mereka (yang munafik) akan berpaling tadah, kemudian mereka (Yahudi) tidak akan mendapat pertolongan.
13. (Kerana) sesungguhnya kamu sangat ditakuti dalam hati mereka melebihi Allah. Yang demikian itu kerana mereka ialah kaum yang tidak mengerti (akan kekuasaan Allah dan kebesaran-Nya).
14. (Orang Yahudi dan orang munafik) tidak berani memerangi kamu walaupun mereka bersatu padu melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh atau di sebalik tembok. (Ini kerana) permusuhan antara mereka sesama sendiri amatlah hebat. Engkau menyangka mereka bersatu padu, sedangkan hati mereka berpecah belah (disebabkan perbezaan mereka). Yang demikian itu kerana mereka adalah kaum yang tidak mengerti (perkara yang memberi kebaikan kepada mereka).
15. (Keadaan kaum Yahudi itu) samalah seperti orang (daripada suku Yahudi) yang terdahulu sedikit daripada mereka yang telah merasai akibat yang buruk (di dunia) daripada perbuatan mereka. Mereka pula akan beroleh azab yang pedih (pada hari akhirat kelak).
16. (Sikap kaum munafik dengan kaum Yahudi) itu samalah seperti (sikap) syaitan ketika ia berkata kepada manusia, “Kafirlah engkau!” Setelah orang itu menjadi kafir, syaitan itu berkata kepadanya, “Sesungguhnya aku berlepas diri daripada engkau, kerana sebenarnya aku takut kepada Allah, Tuhan semesta alam!”
English
10. And those who came after them say: “Our Lord! Forgive us, and our brothers who have preceded us in Faith, and leave not, in our hearts, hatred against those who have believed. O our Lord! Surely You are Full of Kindness, Merciful.”
11. Have you not seen the hypocrites? They say to those of their brothers who disbelieve from among the People of the Book: “If you are driven out, we will certainly go out with you, and we will never obey any (outsider) with regard to you, and if you are fought against, we will surely help you.” And Allah bears witness that they most surely are liars.
12. If they (the Jews) are driven out, they (the hypocrites) will not go out with them and if they are fought against, they will not help them and even if they help them, they will certainly turn their backs, and then they shall not be helped.
13. Surely they have for you (Muslims) are stronger in fear in their hearts than of Allah. This is so because they are a people who do not understand.
14. They will not fight you together, except in fortified towns, or from behind walls. Their fighting among themselves is severe. You think them to be united, but their hearts are divided. This is so because they are a people who have no sense.
15. They are like their immediate predecessors (Jews of Bani Qainuqa’), they tasted the evil consequences of their conduct, and for them is a painful torment.
16. Their case is like that of the Evil One when he says to man: “Disbelieve,” but when he disbelieves, he (the Evil One) says, surely I am clear of You, surely I fear Allah, the Lord of all the worlds.”
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul


