Halaman 568
Tarjuman
Bahasa Melayu
36. Dan tidak ada makanan (baginya) melainkan daripada air danur (air dan darah busuk yang meleleh daripada badan ahli neraka),
37. Tidak ada yang sanggup memakannya melainkan orang yang berdosa.
38. Maka Aku bersumpah dengan segala apa yang kamu melihatnya,
39. Dan segala apa yang kamu tidak melihatnya (suatu yang ghaib),
40. Bahawa sesungguhnya al-Quran itu adalah (wahyu daripada Kami) yang disampaikan oleh Rasul yang mulia.
41. Al-Quran itu bukanlah perkataan seorang penyair (sebagaimana yang didakwakan oleh kaum musyrik). Tetapi amatlah sedikit kamu beriman kepadanya.
42. Dan juga al-Quran itu bukanlah perkataan seorang tukang tilik. Tetapi amatlah sedikit kamu mengambil peringatan daripadanya.
43. (Al-Quran itu) diturunkan daripada Allah Tuhan sekalian alam.
44. Dan kalaulah dia (Nabi Muhammad) mengadakan kata-kata dusta atas nama Kami,
45. Sudah tentu Kami akan menyeksanya dengan kekuasaan Kami,
46. Kemudian, sudah tentu Kami akan memutuskan urat tali jantungnya (supaya ia mati dengan serta-merta),
47. Maka tidak ada seorang pun antara kamu yang dapat menghalang (tindakan Kami itu) daripada menimpanya.
48. Sesungguhnya (al-Quran) itu tetap menjadi peringatan bagi orang yang bertakwa.
49. Dan sesungguhnya Kami benar-benar mengetahui bahawa ada antara kamu yang mendustakan (al-Quran, maka Kami akan membalasnya).
50. Dan sesungguhnya al-Quran itu sudah tentu akan menyebabkan penyesalan bagi orang yang kafir (semasa mereka menerima balasan).
51. Dan sesungguhnya al-Quran itu adalah kebenaran yang diyakini.
52. Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Agung.
1. Seseorang (daripada kalangan orang kafir Makkah, secara mengejek-ejek) bertanya tentang kedatangan azab yang (dijanjikan) pasti akan berlaku,
2. Azab yang disediakan untuk orang yang kafir, yang tidak ada sesiapa pun dapat menolak kedatangannya,
3. Daripada Allah yang menguasai tempat-tempat yang dinaiki malaikat.
4. Yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan Jibril ke pusat pemerintahan-Nya (untuk menerima dan menyempurnakan tugas masing-masing) pada suatu masa (yang dirasai oleh orang yang bersalah) kadarnya lima puluh ribu tahun (kerana banyak hitungan hisab dan soal jawab yang berat).
5. Maka, bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu) dengan kesabaran yang sebaik-baiknya.
6. Sebenarnya mereka memandang azab itu masih jauh (daripada berlaku),
7. Sedangkan Kami memandangnya dekat (tetap akan berlaku),
8. (laitu) pada hari langit menjadi seperti leburan perak cair,
9. Dan gunung-ganang pula menjadi seperti bulu (yang berterbangan),
10. Dan sahabat karib tidak bertanyakan hal sahabat karibnya, (kerana tiap-tiap seorang sibuk memikirkan hal keadaannya sendiri),
English
36. Nor any food except filth from the washing of wounds,
37. Which no one eats it except the sinners.”
38. But no! I swear by what you see,
39. And by what you see not.
40. Most surely it is the word of an honourable messenger,
41. And it is not the word of a poet; little it is you believe.
42. Nor is it the word of a soothsayer, little is it that you take heed,
43. It is a revelation from the Lord of the worlds.
44. And had he forged any sayings in Our Name,
45. We would surely have seized him by the right hand,
46. And then We would certainly have cut his aorta.
47. Then not one of you could have stopped (Us) from him.
48. And most surely it is a Reminder for the pious.
49. And surely We know that there are among you those that reject.
50. And most surely it is a great grief to the unbelievers.
51. And most surely it is the absolute truth.
52. Therefore glorify the Name of your Lord, the Supreme.
1. A questioner asked about the torment which is to befall
2. The unbelievers, there is none to avert it,
3. From Allah, Lord of the ascents.
4. The angels and the Spirit ascend to Him during a day the measure of which is fifty thousand years.
5. Therefore be patient with a noble patience.
6. They see it far off,
7. But We see it near.
8. On that day when the heaven shall be like molten brass,
9. And the mountains shall be like wool,
10. And no friend shall inquire about his friend.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Khulasah Al-Quran


