Halaman 337
Tarjuman
Bahasa Melayu
39. Diizinkan berperang bagi orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya. Sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).
40. laitu mereka yang diusir dari kampung halaman mereka dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata, “Tuhan kami ialah Allah.” Kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat ibadah serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah dengan sebanyak-banyaknya padanya. Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya (agama Islam). Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Perkasa.
41. laitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.
42. Dan jika mereka (yang kafir itu) mendustakan engkau (wahai Muhammad), maka (yang demikian tidaklah pelik) kerana sesungguhnya sebelum mereka, kaum (Nabi) Nuh, ‘Ad (kaum Nabi Hud) dan Thamud (kaum Nabi Soleh) telah juga mendustakan rasul masing-masing.
43. Dan (demikian juga) kaum (Nabi) Ibrahim dan kaum (Nabi) Lut.
44. Dan juga penduduk Madyan, dan (Nabi) Musa juga telah didustakan, maka Aku memberi tempoh kepada orang kafir itu, kemudian Aku menimpakan mereka dengan azab. Dengan yang demikian perhatikanlah bagaimana buruknya kesan kemurkaan-Ku.
45. Maka bukan sedikit negeri-negeri yang Kami binasakan dengan sebab kezaliman penduduknya, lalu runtuh ranaplah bangunan-bangunannya, dan bukan sedikit pula telaga yang telah terbiar, dan istana yang tersergam (telah kosong, ditinggalkan kerana pemiliknya telah binasa).
46. Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya dengan melihat kesan-kesan yang tersebut akan tergerak hati mereka untuk memahaminya, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.
English
39. Permission (to fight) is given to those against whom war has been declared, because they have been wronged. And most surely Allah is able to help them.
40. Those who have been expelled from their homes unjustly, but (solely) because they say: “Our Lord is Allah.” And were it not for Allah to repel some people by means of the others, surely the monasteries, churches, synagogues, and mosques in which the Name of Allah is mentioned very frequently, would have been ruined. And most certainly Allah will help him who helps His (cause). Most surely Allah is All-Strong, All-Mighty.
41. They are the people who will, if We establish them in the land, observe prayer, and give the stated alms, and order (other) to do good, and forbid them from evil. And to Allah belongs the end of all affairs.
42. But if they accuse you of falsehood, so did the peoples before them (with their Prophets), the people of Nuh, and ‘Ad, and Thamud.
43. And by the people of Ibrahim, and the people of Lut,
44. And the Companions of Madyan, and Musa (also) was rejected then I gave respite to the disbelievers, thereafter I seized them, then how (severe) was My requital!
45. Therefore how many a town have We destroyed, which was given to wrongdoing, so it was fallen down on its roofs, and (how many) a well lies forsaken and (how many) a fortified fort?
46. Have they not travelled in the land, so if they had hearts, they could have understood therewith, or (had) ears with which to hear? But surely it is not their eyes which are blind, but blind are the hearts in their chests.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul


