j17h336-Surah Al-Hajj

Halaman 336

Tarjuman
Bahasa Melayu

31. (Amalkanlah perkara-perkara itu) dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau dihumbankan oleh angin ke tempat yang jauh (yang membinasakan).

32. Demikianlah (ajaran Allah). Sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah maka (dia orang bertakwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan daripada sifat-sifat takwa hati (orang yang beriman).

33. Kamu memperoleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternakan itu hingga ke suatu masa yang tertentu (bagi menyembelihnya), kemudian tempat (serta akhir masa) menyembelihnya ketika sampai di Tanah Haram (Baitullah) yang tua sejarahnya itu.

34. Dan bagi setiap umat, Kami syariatkan ibadah menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaan-Nya kepada mereka, binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepada-Nya. Dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang yang tunduk taat.

35. laitu orang yang apabila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka dan orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang yang mendirikan solat, serta orang yang menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepadanya.

36. Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian daripada syiar agama Allah untuk kamu, penyembelihan itu banyak kebaikannya bagi kamu. Oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami memudahkannya untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur.

37. Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa daripada kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya. Sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang yang berusaha supaya baik amalnya.

38. Sesungguhnya Allah membela orang yang beriman. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur.

English

31. Be true in faith to Allah without associating anything with Him and he who associates (anything) with Him, it is as if he had fallen from the sky, and birds had pounced upon him, or as if the wind had blown him to a far-off place. 

32. It is even so and whoever respects the ordinances of Allah, then surely it is of the piety of the hearts.

33. You have good in them (cattle) till a fixed term, then their place of sacrifice is towards the Ancient House.

34. And to every community We have appointed a sacrifice, that they may remember the Name of Allah upon what We have provided them of the four-footed cattle. But your God is the One God, therefore obey Him (be Muslims), and give glad tidings to the humble. 

35. Those whose hearts tremble when Allah is mentioned, and those who patiently bear that which befalls them, and those who observe prayer, and out of what We have provided them with do they spend (in Allah’s cause). 

36. And as for the sacrificial animal (camels etc) which We have appointed for you as one of the ordinances of Allah, there is much good for you in them. So mention the Name of Allah upon them as they are arranged in rows. Then when they have fallen down on their sides, (sacrifice them), then eat of them, and feed those who do not go begging about, and those who are hungry. Thus have We subjected them to you, so that you may be thankful.

37. Neither their meat, nor their blood reaches Allah, but it is your piety that reaches Him. Thus have We subjected them to you, that you may magnify Allah, because He has guided you. And give glad tidings to the doers of good. 

38. Surely Allah will repel (the enemies) from those who believe. Surely Allah loves not any traitor, ungrateful man. 

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi