j17h334-Surah Al-Hajj

Halaman 334

Tarjuman
Bahasa Melayu

16. Dan demikianlah pula Kami menurunkan al-Quran itu sebagai ayat-ayat keterangan yang jelas. Sesungguhnya Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.

17. Bahawasanya orang yang beriman, orang Yahudi, orang Sabi’in (satu golongan daripada Yahudi), orang Nasrani, orang Majusi dan orang musyrik, sesungguhnya Allah akan memutuskan hukum-Nya antara mereka pada hari kiamat, kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu.

18. Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (antaranya termasuklah) matahari, bulan, bintang-bintang, gunung-ganang, pokok-pokok kayu, binatang-binatang dan sebahagian besar daripada manusia? Dan banyak pula (antara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya). (Ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah, maka dia tidak akan beroleh sesiapa pun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkan-Nya.

19. Inilah dua golongan (mukmin dan kafir) yang berbantah-bantahan tentang Tuhan mereka. Maka orang yang kafir akan dipotongkan untuk mereka pakaian daripada api neraka, serta dicurahkan atas kepala mereka air panas yang menggelegak.

20. Yang dengannya dihancurkan apa yang ada di dalam perut mereka, dan juga kulit badan mereka.

21. Dan mereka juga disediakan batang-batang besi untuk menyeksa mereka.

22. Tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, disebabkan mereka menderita azabnya, mereka dikembalikan ke dalamnya, serta dikatakan, “Rasakanlah kamu azab yang membakar!”

23. Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai. Mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, serta pakaian mereka pula daripada sutera.

English

16. And thus have We sent it down as clear proofs, and surely Allah guides whom He will. 

17. Surely there are those who believe (in the Qur’an), and those who are Jews, and the Sabians, and the Christians, and the Magians, and those who are pagans. Surely Allah will decide between them on the Day of Resurrection, surely Allah is a witness over all things. 

18. Have not you seen that to Allah bows down whoever is in the heavens and whoever is on the earth, and (also) the sun, and the moon, and the stars, and the mountains, and the trees, and the animals, and a large number of people? And a large number deserve the punishment. And he whom Allah disgraces, there is no one to honour him then. Surely Allah does what He wills. 

19. There are two opponents dispute with regard to their Lord, therefore those who disbelieve have garments of Fire cut out for them, boiling (water) is poured over their heads. 

20. All that is in their bellies, and also their skins will be melted whereby. 

21. And for them are hooked roads of iron. 

22. And every time they try to get away from it, they shall be returned thereto. And (it shall be said): “Taste the punishment of the burning.”

23. Surely Allah will admit those who believe and do righteous deeds, to enter Gardens beneath which rivers flow, they shall be worn bracelets of gold, and pearls. And their clothing therein will be of silk. 

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul