Surah Al-Hajj-j17h332

Halaman 332

Tarjuman
Bahasa Melayu

1. Wahai umat manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat dahsyat.

2. Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu menyusu akan melupakan anak yang disusukannya dan gugurlah kandungan setiap wanita yang hamil. Engkau juga akan melihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat lagi mengerikan.

3. Dan ada antara manusia yang membantah perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan dia menurut tiap-tiap syaitan yang telah sebati dengan kejahatan.

4. Yang telah ditetapkan kepada (tiap-tiap) syaitan itu, bahawa sesiapa yang berkawan dengannya, maka sesungguhnya dia akan menyesatkannya dan memimpinnya kepada azab neraka.

5. Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada peringkat kejadian) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu daripada tanah, kemudian daripada setitik air benih (mani), kemudian daripada seketul darah beku, kemudian daripada seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan. (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami). Kami juga menetapkan di dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancang hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya, kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak, kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa. (Dalam pada itu) ada antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga dia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi), engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, berubahlah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan), subur, serta ia menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah.

English

1. O mankind! Fear your Lord, surely the earthquake of the Hour is a terrible thing. 

2. The Day you shall see it, every nursing mother shall neglect that which it gave suck to and every pregnant mother shall shall cast away her load and you shall see men as in drunken, yet they will not be drunken but the torment of Allah will be severe. 

3. And there is one among mankind who disputes about Allah, without having any knowledge, and he follows every rebellious devil.

4. Against whom it is decreed that whoever takes him (evil) for a friend, then he will surely lead him astray, and guide him to the torment of the Fire. 

5. O mankind! If you are in doubt about the Resurrection, then surely We have created you from dust, then from a sperm, then from a clot of blood, then from a lump of flesh, partly formed and partly unformed, that We may explain it to you. And We cause to stay in the wombs what We please, till an appointed term, then We bring you forth as babies, then (We bring you up) in order that you may reach your maturity. And among you is one who is caused to die, and among you is one who is turned back to the feeblest age, until he knows nothing after having known. And you see the earth barren, then when We send down upon it water, it stirs and swells and grows every kind of beautiful herb.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Khulasah Al-Quran

Asbab-al-Nuzul