j18h361-Surah Al-Furqan

Halaman 361

Tarjuman
Bahasa Melayu

12. Apabila neraka itu melihat mereka dari tempat yang jauh, kedengaranlah mereka bunyi marahnya yang menggelegak dan mendidih,

13. Dan apabila mereka dihumbankan ke tempat yang sempit di dalam neraka itu, dengan keadaan mereka dibelenggu, (menjeritlah mereka di sana) mengharapkan kebinasaan (iaitu kematian yang melepaskan mereka daripada azab itu).

14. (Lalu dikatakan kepada mereka), “Janganlah kamu menjerit-jerit meminta pada hari ini sekali kebinasaan sahaja, tetapi mintalah kebinasaan sebanyak-banyaknya.”

15. Bertanyalah (kepada mereka),”Adakah yang demikian itu (azab neraka) lebih baik atau syurga yang kekal, yang dijanjikan kepada orang yang bertakwa?” Syurga yang disediakan bagi mereka sebagai balasan dan tempat kembali.

16. Mereka beroleh di dalam syurga itu apa yang mereka kehendaki, mereka pula kekal di dalamnya. Balasan yang demikian adalah satu janji yang dijamin oleh Tuhanmu, lagi yang dipohon dan diminta.

17. Dan pada hari Tuhan menghimpunkan mereka (yang kafir) dan tuhan-tuhan yang mereka sembah selain daripada Allah, lalu Dia bertanya (kepada tuhan-tuhan yang telah dipuja dan disembah itu), “Kamukah yang menyesatkan hamba-hamba-Ku itu atau mereka yang sesat jalan?”

18. Mereka menjawab, “Maha Suci Engkau (wahai Tuhan kami)! Sudah tentu tidak patut bagi kami mengambil sesiapa pun yang lain daripada-Mu sebagai pelindung yang disembah (dan tidak patut juga kami menyeru orang menyembah kami), tetapi engkau telah melimpahkan kemewahan kepada mereka dan nenek moyang mereka sehingga mereka lalai dan cuaikan ajaran agama-Mu dan jadilah mereka kaum yang binasa.”

19. Sesungguhnya mereka (yang kamu puja dan sembah) itu telah menolak dakwaan kamu. Oleh itu, kamu semua tidak akan dapat mengelak azab atau beroleh sebarang pertolongan. Dan sesiapa yang berlaku zalim antara kamu, Kami akan merasakannya azab yang besar.

20. Dan Kami tidak mengutus para rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan mereka sesungguhnya makan, minum dan berjalan di pasar-pasar. Kami jadikan sebahagian daripada kamu sebagai ujian bagi sebahagian yang lain, adakah kamu mahu bersabar? (Ingatlah) Tuhanmu Maha Melihat.

English

12. When it (Hell) sees them from a place, they will hear its raging and roaring.

13. And when they are thrown into a narrow place thereof, tied hand and foot, they will exclaim there for destruction. 

14. “Call not this day for a single destruction, but call for many destructions.” 

15. Say: “Is this torment better or the abiding Garden promised to the pious?” That shall be a recompense for them, and a final destination. 

16. For them is therein what they please, and they shall abide. This is a promise binding upon your Lord that must be fulfilled. 

17. And the Day He will gather them and what they worship besides Allah and say: “Was it you who led My servants astray or did they themselves go astray from the way?” 

18. They shall say: “Glory be to You, it was not proper for us to take any protectors besides You, but You did give them and their fathers enjoyments until they forgot the remembrance, and became a ruined people.” 

19. (And We will say): “Therefore surely they have given you the lie regarding what you said, and you will not be able to turn away or (get) help, and whoever among you has done wrong, We will cause him to taste the great torment.” 

20. And We sent not before you any Messengers but they most surely ate food and walked in the streets. And We have made some of you as a test for the others. Will you have patience? And your Lord is Ever Seeing.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi