Halaman 360
Tarjuman
Bahasa Melayu
3. Dan mereka (yang kafir) mengambil tuhan-tuhan yang lain daripada Allah sebagai tuhan-tuhan (yang disembah), yang tidak dapat mencipta sesuatu pun, bahkan mereka sendiri yang diciptakan, dan tidak pula berkuasa mendatangkan sesuatu bahaya atau sesuatu faedah untuk dirinya sendiri, apatah lagi berkuasa mematikan atau menghidupkan ataupun membangkitkan semula makhluk- makhluk yang telah mati,
4. Dan orang yang kafir itu berkata, “(Al-Quran) ini hanyalah satu perkara dusta yang direka-reka oleh Muhammad dan dia dibantu oleh kaum yang lain.” Maka sesungguhnya mereka telah mendatangkan satu tuduhan yang zalim dan dusta,
5. Dan mereka berkata lagi, “Al-Quran itu adalah cerita-cerita dongeng orang dahulu kala, yang diminta oleh Muhammad supaya dituliskan, kemudian perkara yang ditulis itu dibacakan kepadanya pagi dan petang.”
6. (Lalu Allah menyanggah dengan berfirman), “Katakanlah (wahai Muhammad), ‘Al-Quran itu diturunkan oleh Allah Yang mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi, sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang’,”
7. Dan mereka pula berkata, “Mengapa Rasul ini makan, minum dan berjalan di pasar-pasar? Sepatutnya diturunkan malaikat kepadanya, supaya malaikat itu turut memberi peringatan dan amaran bersama-sama dengannya.”
8. “Atau diberikan perbendaharaan harta kepadanya atau dia mempunyai sebuah kebun untuk dia makan hasilnya.” Dan orang yang zalim itu berkata pula (kepada orang yang beriman), “Sebenarnya kamu hanyalah menurut seorang yang tidak siuman (akibat terkena sihir).”
9. Perhatikanlah, bagaimana mereka ibaratkan engkau dengan pelbagai perbandingan (yang bukan-bukan), dengan sebab itu sesatlah mereka, sehingga mereka tidak mendapat jalan petunjuk.
10. Maha Suci Tuhan yang jika Dia kehendaki tentulah Dia akan mengadakan untukmu sesuatu yang lebih baik daripada itu (berupa perbendaharaan harta benda yang mereka tawarkan), iaitu syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta mengadakan untukmu istana-istana (yang tersergam indah).
11. Bahkan mereka juga mendustakan hari kiamat dan Kami telah sediakan bagi sesiapa yang mendustakan hari kiamat itu, api yang menjulang-julang.
English
3. Yet they have taken, besides Him, other gods who can create nothing but are themselves created, and who have no power over themselves for either harm or good, nor have they power over death or life or resurrection.
4. And say those who disbelieve: “This is nothing but a lie which he has forged, and other people have helped him at it.” Then surely they have brought forth an unjust and a falsehood.
5. And they say: “Stories of the ancients, which he has got them written, and they are read out to him morning and evening.”
6. Say: “It was sent down by Him who knows the secret in the heavens and the earth.” Surely He is Often Forgiving, Most Merciful.
7. And they say: “What sort of Messenger is this that he eats food, and walks in the streets? Why wasn’t an angel sent down to him to be a warner with him?
8. Or a treasure be thrown down to him, or there may be a garden for him, that he may eat from it?” And say the unjust people: “You follow none but a man afflicted with sorcery.”
9. Look how they set forth examples with regard to you. But they have gone astray and they shall not be able to get hold of the path.
10. Blessed is He who, if He please, He will make for you better than this Gardens beneath which rivers flow, and He will make for you palaces.
11. Indeed, they deny the Hour, and for those who deny the Hour, We have prepared a burning Fire.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi

