Halaman 593
Tarjuman
Bahasa Melayu
23. Tetapi sesiapa yang berpaling (daripada kebenaran) dan kafir,
24. Maka Allah akan menyeksanya dengan azab yang sebesar-besarnya.
25. Sesungguhnya kepada Kami-lah mereka kembali.
26. Kemudian kewajipan Kami-lah untuk menghisab (amalan) mereka.
1. Demi waktu fajar,
2. Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah).
3. Dan yang genap serta yang ganjil,
4. Dan malam, apabila ia berlalu.
5. Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna?
6. Tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum ‘Ad (yang kufur derhaka).
7. laitu penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya).
8. Yang belum pernah dibangunkan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di negeri yang lain (pada zamannya),
9. Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadi al-Qura tempat tinggalnya),
10. Dan (terhadap) kaum Firaun yang mempunyai pasak-pasak (untuk menyeksa orang salah pada zamannya)?
11. (Semuanya itu ialah) orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing).
12. Lalu mereka melakukan banyak kerosakan di negeri-negeri itu.
13. Maka dengan sebab itu, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka pelbagai bentuk azab.
14. Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawasi (dan membalas).
15. Maka adapun kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, dia akan berkata, “Tuhanku telah memuliakan aku!”
16. Dan sebaliknya apabila dia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya (dia tidak bersabar bahkan dia resah gelisah) serta mendakwa dengan katanya, “Tuhanku telah menghinakan aku!”
17. Jangan demikian, sebenarnya kamu tidak memuliakan anak yatim (malah kamu menahan apa yang dia berhak menerimanya),
18. Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin,
19. Dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya),
20. Dan kamu pula sayangkan harta secara haloba.
21. Jangan sekali-kali bersikap demikian! (Sebenarnya) apabila bumi dihancurkan segala yang ada di atasnya dan (diratakan serata-ratanya),
22. Dan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedangkan malaikat berbaris (siap sedia menjalankan perintah),
English
23. But whoever turns away and disbelieves.
24. Then Allah will punish him with the greatest punishment.
25. Surely to Us will be their return.
26. Then surely it is for Us to call them to account.
1. By the daybreak.
2. And the ten nights.
3. And the even and the odd.
4. And the night when it departs.
5. Is there (not) in these things an oath (i.e. matter for evidence) for one possessed of understanding?
6. Have you not seen how your Lord dealt with ‘Ad (people).
7. (And) the people of Iram, possessors of lofty buildings.
8. The like of which were not raised in any other cities?
9. And with Thamud who hewed out huge rocks in the valley?
10. And Pharaoh, the lord of hosts?
11. Those who transgressed in the cities.
12. And they did great evil therein.
13. Therefore your Lord poured on them a scourge of punishment.
14. Most surely your Lord is ever watchful.
15. And as for man, when his Lord tries him and honours him and bestows favours on him, he says: “My Lord has honoured me.”
16. But when He tries him by straitening his provision, he says: “My Lord has humiliated me!”
17. No, but you do not honour the orphan.
18. Nor do you urge one another to feed the poor.
19. And you devour the inheritance with greed.
20. And you love wealth with exceeding love.
21. No, when the earth is crushed, completely crushed.
22. And your Lord comes and the angels, rank after rank.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Khulasah Al-Quran


