Halaman 594
Tarjuman
Bahasa Melayu
23. Dan diperlihatkan Neraka Jahanam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (untuk berlaku baik), tetapi ingatan itu tidak berguna lagi baginya.
24. Dia akan berkata, “Alangkah baiknya kalau aku dahulu mengerjakan (amal-amal baik) untuk hidupku ini.”
25. Maka pada hari itu tiada sesiapa pun yang dapat menyeksa seperti azab (yang ditimpakan oleh) Allah,
26. Dan tiada sesiapa pun yang dapat mengikat serta membelenggu seperti ikatan dan belenggu-Nya.
27. Wahai jiwa yang tenang.
28. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya.
29. Maka masuklah engkau di dalam kumpulan hamba-hamba-Ku (yang berbahagia),
30. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku.
1. Sungguh! Aku bersumpah dengan kota (Makkah) ini.
2. Sedangkan engkau (wahai Muhammad) tinggal di kota ini (sentiasa ditindas).
3. Demi manusia yang melahirkan zuriat dan zuriat yang dilahirkannya.
4. Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran.
5. Apakah manusia yang demikian keadaannya menyangka bahawa tidak ada sesiapa pun yang berkuasa atas dirinya?
6. Dia menyatakan, “Aku telah habiskan harta benda yang banyak.”
7. Adakah dia menyangka bahawa tidak ada seseorang pun yang melihatnya?
8. Bukankah Kami telah menjadikan baginya dua biji mata (untuk dia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami),
9. Dan lidah serta dua bibir,
10. Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan?
11. Maka mengapa tidak dia menempuh masuk jalan mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan,
12. Dan apakah engkau mengetahui, apakah amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?
13. (laitu) membebaskan hamba abdi daripada perhambaan.
14. Atau memberi makan pada hari kelaparan,
15. Kepada anak yatim daripada kaum kerabat.
16. Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah (fakir).
17. Kemudian, orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang.
18. (Ketahuilah! Bahawa orang yang beriman serta saling berpesan itu), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh syurga),
English
23. And Hell is brought near that day. On that day man will remember, but how will that remembrance then avail him?
24. He will say: “O would that I had sent forward (good deeds) for my life here.”
25. But on that day, no one can punish (as severely) as He will,
26. And no one can bind as He binds.
27. (It will be said to the pious): “Oh you, the tranquil peaceful soul!
28. Come back to your Lord, well-pleased (with yourself), and well pleasing (Him).
29. Therefore enter among My servants,
30. And enter in My Garden.”
- I swear by this city.
2. And you are free in this city.
3. And the begetter and whom he begot,
4. Surely We have created man for hard work.
5. Does he think that no one has any power over him?
6. He (man) says: “I have wasted heaps of wealth.”
7. Does he think that no one sees him?
8. Have We not given him two eyes,
9. And a tongue and two lips?
10. And pointed out to him the two two ways (of good and evil)?
11. But he is not inclined to the path that is steep.
12. And what will make you know what the path that is steep is?
13. (It is) the freeing of a slave.
14. Or the feeding in a day of hunger.
15. An orphan near of kin,
16. Or a poor man lying in the dust (i.e. in need).
17. Then will he be one of those who believe and enjoin patience among themselves, and enjoin mercy.
18. These are the companions of the right hand.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul


