Halaman 522
Tarjuman
Bahasa Melayu
31. (Nabi) Ibrahim bertanya, “Apa lagi tugas penting kamu, wahai utusan Tuhan?”
32. Mereka menjawab, “Sesungguhnya kami diutus kepada suatu kaum
yang berdosa (untuk membinasakan mereka).”
33. “Supaya kami menimpakan kepada mereka batu-batu daripada tanah (yang dibakar),”
34. “Batu-batu itu ditandakan (nama-nama orang yang diazab) di sisi Tuhanmu, untuk membinasakan orang yang melampaui batas.”
35. (Setelah sampai utusan kami ke tempat itu), kami (perintahkan mereka) mengeluarkan orang beriman yang tinggal di situ.
36. Maka kami tidak mendapati di situ melainkan sebuah rumah sahaja yang terdiri daripada orang Islam (iaitu Nabi Lut dan dua anak perempuannya).
37. Dan kami tinggalkan di negeri itu (timbunan batu-batu yang telah menghujani dan membinasakan mereka) sebagai tanda (yang mendatangkan keinsafan) bagi orang yang takut kepada azab yang pedih.
38. Juga pada (kisah Nabi) Musa, ketika Kami mengutusnya kepada Firaun dengan membawa mukjizat yang nyata.
39. Maka Firaun berpaling (tidak mahu) bersama tenteranya dan berkata, “(Musa itu) adalah seorang ahli sihir atau seorang gila!”
40. Maka, Kami seksa Firaun bersama-sama tenteranya, lalu Kami humbankan mereka ke dalam laut dalam keadaan dia melakukan pekerjaan yang tercela (mendustakan Nabi Musa dan mengaku sebagai Tuhan).
41.Juga pada (kisah) kaum ‘Ad, ketika Kami hantarkan kepada mereka angin ribut yang membinasakan (tidak mengandungi sebarang kebaikan).
42. Angin itu tidak meninggalkan sesuatu pun yang dirempuhnya, melainkan menjadikannya (hancur) seperti debu.
43. Juga pada (kisah) kaum Thamud, ketika dikatakan kepada mereka, “Bersenang-lenanglah kamu hingga datangnya ajal kamu!”
44. Maka, mereka bersikap angkuh terhadap perintah Tuhan mereka, lalu mereka disambar petir (tanpa dapat melarikan diri) dalam keadaan mereka melihatnya.
45. Dengan demikian, mereka tidak dapat bangun lagi dan mereka juga tidak mendapat pertolongan.
46. Kaum (Nabi) Nuh (yang juga telah dibinasakan) sebelum itu. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik.
47. Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh), sedangkan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya.
48. Dan bumi pula Kami hamparkan (untuk kemudahan kamu mendiaminya), maka Kamilah sebaik-baik yang menghamparkannya.
49. Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan, supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami).
50. (Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka), “Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutus oleh Allah kepada kamu sebagai seorang pemberi amaran yang nyata.”
51. “Janganlah kamu mengadakan tuhan yang lain bersama Allah. Sesungguhnya aku diutus oleh Allah kepada kamu sebagai pemberi amaran yang nyata.”
English
31. He (Ibrahim) said: “What purpose you have come, O Messengers?”
32. They said: “Surely We have been sent to a people (deep) in sin,
33. That We may send down upon them stones of baked clay.
34. Marked by your Lord for the transgressors.”
35. Then We brought forth therein those who were believers,
36. But We found not therein except a single house of the Muslims (of Lut and his two daungters)..
37. And We left therein a sign for those who fear the painful torment.
38. And (there is a sign) in Musa, when We sent him to Pharaoh with clear authority.
39. But he turned his back with his forces, and said: “A sorcerer, or a mad man.”
40. Therefore We seized him and his hosts, and We threw them into the sea and he was to blame.
41. And (there is a Sign) in ‘Ad, when We sent upon them a destructive wind.
42. It left nothing on which it came upon, but made it like powder.
43. And in Thamud, when it was said to them: “Enjoy yourselves for a while.”
44. But they rebelled against the command of their Lord, then the thunderbolt seized them while they were looking on.
45. Then they were not able to rise up, nor could they help themselves.
46. And (We destroyed) the people of Nuh before (them). Surely they were a disobedient people.
47. And We have erected the heaven with Our Hands, and surely it is We who are steadily expanding it.
48. And We have spread out the earth, then how excellently do We spread it out!
49. And of all things We have created pairs that you may take heed.
50. “Therefore flee to Allah, surely I am a clear warner to you from Him.
51. And appoint not another god with Allah, surely I am a clear warner to you from Him.”
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi

