Halaman 523
Tarjuman
Bahasa Melayu
52. Demikianlah, tidak ada seorang rasul pun yang datang kepada kaum-kaum sebelum mereka, melainkan mereka mengatakan, “Dia adalah seorang ahli sihir atau seorang gila.”
53. Adakah mereka saling berpesan tentang apa yang mereka perkatakan itu (melemparkan tuduhan itu)? Sebenarnya mereka semuanya adalah kaum yang melampaui batas.
54. Oleh itu, berpalinglah (wahai Muhammad) daripada mereka (yang menentangmu itu dan janganlah dihiraukan), kerana engkau tidak akan dicela (setelah engkau memberi amaran kepada mereka).
55. Dan teruskanlah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah bagi orang yang beriman.
56. Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.
57. Aku sekali-kali tidak menghendaki sebarang rezeki pemberian daripada mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepada-Ku.
58. Sesungguhnya Allah, Dia-lah sahaja yang memberi rezeki (kepada sekalian makhluk-Nya), yang mempunyai kekuatan lagi Yang Maha Kukuh (kekuasaan-Nya).
59. Maka, sesungguhnya orang yang zalim (yang menentang ajaran Nabi Muhammad) itu akan mendapat bahagiannya (daripada azab) sebagaimana bahagian rakan-rakan mereka (kaum kafir yang terdahulu). Oleh itu, janganlah mereka meminta kepada-Ku menyegerakan kedatangannya.
60. Maka kecelakaan dan kebinasaanlah bagi orang yang kafir pada hari yang telah dijanjikan kepada mereka (pada hari kiamat kelak).
1. Demi Gunung Tursina,
2. Dan demi kitab yang ditulis (dengan rapi),
3. Pada lembaran surat yang terbuka,
4. Dan demi al-Bait al-Ma’mur (letaknya di langit ketujuh yang sentiasa dikunjungi malaikat),
5. Dan demi bumbung yang tinggi (langit),
6. Dan demi laut yang panas meluap-luap (pada hari kiamat),
7. Sesungguhnya azab Tuhanmu pasti berlaku,
8. Tidak ada sesiapa pun yang dapat menolaknya,
9. Pada hari langit (dan segala isinya) benar-benar bergoncang,
10. Dan gunung-ganang bergerak (terhapus) dari tempatnya (menjadi debu yang berterbangan).
11. (Apabila berlaku yang demikian), maka kecelakaan dan kebinasaanlah pada hari itu bagi orang yang mendustakan kebenaran,
12. laitu orang yang leka bermain-main dalam kesesatan.
13. Pada hari mereka ditolak ke dalam Neraka Jahanam dengan sekuat-kuatnya,
14. (Dikatakan kepada mereka dengan nada mencela), “Inilah api neraka yang dahulu kamu mendustakannya.”
English
52. Thus! No Messenger came to those before them, but they said: “A sorcerer, or a mad man.”
53. Have they made a bequest of this (saying) to one another? No, they are a people who transgress.
54. Therefore turn away from them and you are not to be blamed.
55. And go on reminding, for the reminder benefits the believers.
56. And I have not created the jinn and the, except that they should serve Me (alone).
57. I desire no provision from them, nor do I desire that they should feed Me.
58. Surely Allah is the All-Provider, the Lord of Power, the Most Strong.
59. Then for those who do wrong, there is a portion like the portion of their companions (of yore), so let them not ask Me to hasten it on.
60. Therefore woe be to those who disbelieve, because of that Day of theirs which they have been promised.
1. By the Mountain.
2. And by a Book written down.
3. In an open sheet.
4. And by the frequented House (by the angles).
5. And by the lofty roof (of heaven).
6. And by the swollen sea.
7. Surely the punishment of your Lord must come to pass.
8. There is none to avert it.
9. On the day when the heaven will revolve a terrible revolving.
10. And the mountains will move away with a (horrible) movement.
11. Therefore woe be that day to those who reject (the Qur’an).
12. Those who indulge in idle talk.
13. The Day they will pushed down to the Fire of Hell with violence.
14. “This is the Fire which you used to deny.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul

Khulasah Al-Quran



