j25h497-Surah Al-Dukhan

Halaman 497

Tarjuman
Bahasa Melayu

19. “Dan janganlah kamu bersikap sombong terhadap Allah. Sesungguhnya aku ada membawa kepada kamu mukjizat yang nyata.”

20. “Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu daripada keinginan kamu untuk merejam (atau menyakiti) aku.”

21. “Sekiranya kamu tidak juga mahu beriman kepada kerasulanku, maka biarkanlah aku (janganlah mengganggu aku).”

22. (Setelah itu), Musa pun merayu kepada Tuhannya, “Sesungguhnya mereka ini adalah kaum yang berdosa (lantaran kekufuran mereka dan berhak menerima balasan yang seburuk-buruknya).”

23. Lalu (diperintahkan kepadanya), “Bawalah hamba-hamba-Ku (pengikut-pengikutmu) keluar pada waktu malam. Sesungguhnya kamu akan dikejar (oleh Firaun dan bala tenteranya).”

24. “Dan biarlah laut itu (dalam keadaan tenang) terbelah. Sesungguhnya mereka (yang mengejarmu itu) ialah tentera yang akan ditenggelamkan (sehingga binasa).”

25. Betapa banyak kebun-kebun dan mata air yang mereka tinggalkan,

26. Dan juga pelbagai jenis tanaman serta tempat-tempat kediaman yang indah,

27. Dan juga kemewahan hidup, yang sekian lama mereka menikmatinya.

28. Demikianlah keadaannya (hukuman Kami ke atas orang yang derhaka), dan Kami wariskan semua peninggalan Firaun dan kaumnya itu kepada kaum yang lain (kaum Bani Israel).

29. Mereka (ketika dibinasakan) itu tidak ditangisi oleh langit dan bumi dan mereka pula tidak diberi tempoh lagi.

30. Dan sesungguhnya Kami telah menyelamatkan Bani Israel daripada azab yang menghina,

31. Daripada (penindasan) Firaun. Sesungguhnya dia adalah seorang yang bersikap sombong yang tergolong daripada orang yang melampaui batas.

32. Dan sesungguhnya Kami telah memilih mereka (dengan kelebihan) berdasarkan pengetahuan (Kami) mengatasi penduduk dunia (pada zaman itu),

33. Dan Kami telah memberikan kepada mereka (melalui Nabi Musa) pelbagai tanda (mukjizat) yang mengandungi ujian (nikmat) yang nyata.

34. (Kembali kepada kisah kaum musyrik penduduk Makkah, Allah berfirman), “Sesungguhnya mereka ini akan berkata (kepada engkau wahai Muhammad dan kepada pengikut-pengikutmu),

35. “Kematian itu hanyalah kematian kita yang pertama (di dunia). Kita sekali-kali tidak akan dibangkitkan (hidup lagi sesudah itu).”

36. “(Jika tidak) maka bawakanlah nenek moyang kami (yang telah mati) jika kamu sememangnya orang yang benar!”

37. Adakah mereka yang lebih baik (dari segi kekuatan dan kehandalan) atau kaum Tubba’ (pengikut seorang nabi atau seorang yang soleh) dan orang yang sebelum mereka? Kami telah membinasakan mereka, kerana sesungguhnya mereka adalah orang yang berdosa.

38. Kami tidak mencipta langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya secara main-main (sia-sia).

39. Kami tidak mencipta kedua-duanya (serta segala yang ada di antaranya) melainkan dengan haq (kebenaran dan bertujuan). Tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).

English

19. And saying: “Exalt not against Allah, surely I have come to you with a clear authority.

20. And surely I take refuge with my Lord and your Lord, lest you stone me.

21. And if you believe me not, then leave me alone.”

22. Then he called upon his Lord: “These are a people who committed to sin.”

23. (We said): “Then walk away with My servants by night, surely you will be pursued.

24. And leave the sea as it is (divided). Surely they are a host that will be drowned.”

25. How many were the gardens and the springs they left behind.

26. And cornfields and noble places.

27. And comforts that they enjoyed.

28. Thus (it was). And We made other people inherit (all that).

29. Then neither the heaven nor the earth wept over them, nor were they given a respite.

30. And surely We saved the Children of Isra’il from the humiliating torment,

31. From Pharaoh. Surely he was arrogant, (and) one of the transgressors.

32. And We knowingly chose them above the people of their times.

33. And We gave them signs in which there was a clear trial.

34. Most surely these people do say.

35. “There is nothing but our first death, and we shall not be raised up again.

36. So bring back our fathers, if you are truthful.”

37. Are they better, or the people of Tubba‘ and those before them? We destroyed them, for surely they were guilty of sin. 

38. And We have not created the heavens and the earth and what is between them in sport.

39. We created them not except for a purpose, but most of them know not.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
STEM-Q