Halaman 599
Tarjuman
Bahasa Melayu
6. Sesungguhnya orang yang kafir daripada Ahli Kitab dan orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam Neraka Jahanam, kekallah mereka di dalamnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk.
7. Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk (takut melanggar perintah Tuhannya).
8. Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah Syurga ‘Adn, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya, Allah reda akan mereka dan mereka pun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberian-Nya. Balasan yang demikian itu untuk orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.
1. Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang kuat,
2. Dan bumi itu mengeluarkan segala isinya,
3. Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun), “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?”
4. Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya.
5. Bahawa Tuhanmu telah memerintahkan (yang demikian itu) kepadanya.
6. Pada hari itu manusia akan keluar (dari kuburnya) dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) amalan mereka.
7. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihat amalannya (dalam suratan amalnya),
8. Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihat amalannya (dalam suratan amalnya).
1. Demi kuda perang yang tangkas berlari dengan nafas yang termengah-mengah.
2. Dan demi yang mencetuskan api daripada tapak kakinya.
3. Dan demi yang meluru menyerbu musuh pada waktu subuh.
4. Sehingga menerbangkan debu pada waktu itu.
5. Lalu menyerbu ketika itu di tengah-tengah kumpulan musuh.
English
6. Surely those who disbelieve from among the People of the Book and the pagans, will be in the Fire of Hell, abiding therein. They are the worst of creatures.
7. Surely those who believe and do righteous deeds they are the best of creatures.
8. Their reward with their Lord is Gardens of Eternity beneath which rivers flow they will abide therein forever. Allah is well-pleased with them and they are well-pleased with Him. That is for him who fears his Lord.
1. When the earth is shaken up with a violent shaking.
2. And the earth brings forth its burdens.
3. And when man will say: “What is matter with it?
4. On that Day, it will tell its news.
5. Because your Lord will have commanded it (to do so).
6. On that day will men come forth in scattered groups that they may be shown their deeds.
7. Then whoever does good to the weight of an atom shall see it.
8. And whoever does evil to the weight of an atom shall see it.
1. By the panting chargers,
2. Which strike sparks of fire (with their hooves).
3. Making raids at dawn.
4. And raise the dust in clouds the while.
5. Storming the centre (of enemies).
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul

Khulasah Al-Quran



