Surah Al-Baqarah-j2h41

Halaman 41

Tarjuman
Bahasa Melayu

249. Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, dia berkata, “Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah dia daripada pengikutku dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya dia daripada pengikutku, kecuali orang yang mencedok satu cedokan dengan tangannya”. (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga air dari sungai itu (dengan sepuas- puasnya), kecuali sebahagian kecil daripada mereka. Setelah Talut bersama-sama orang yang beriman menyeberangi sungai itu, orang yang meminum (sepuas-puasnya) berkata, “Kami pada hari ini tidak berdaya menentang Jalut dan tenteranya”. Orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah berkata pula, “Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang ramai dengan izin Allah dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang yang sabar.”

250. Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata, “Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami, serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.”

251. Oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah. Daud (yang turut serta dalam tentera Talut) membunuh Jalut dan (sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Daud) kuasa pemerintahan, dan hikmah (pangkat kenabian) serta diajarkan apa yang dikehendaki-Nya. Kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia), nescaya rosak binasalah bumi ini, tetapi Allah sentiasa melimpahkan kurnia-Nya kepada sekalian alam.

252. Itulah ayat-ayat Allah yang Kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) dengan benar dan sesungguhnya engkau adalah salah seorang daripada rasul-rasul (yang diutuskan oleh) Allah.

English

249. So when Talut marched out with his forces, he said: “Surely Allah is going to test you by means of a stream, then whoever drinks of it, he is not of me, and whoever does not partake of it, he is of me, but if one takes with his hand a handful (then it matters not).” Then they drank of it except a few of them. So when he had crossed it (the river), he and those who believed with him, they said: “We are not strong enough today for Jalut and his forces.” But those who believed they were going to meet Allah said: “How often has a small party defeated a large one with the authority of Allah? For Allah is with the patient.”

250. And when they confronted Jalut and his forces, they said: “Our Lord! Grant us patience and keep our feet firm and help us against the unbelieving people.”

251. Then they defeated them with the authority of Allah, and Dawud killed Jalut (i.e Goliath), and Allah gave him the kingdom, and the wisdom, and taught him of the things He willed. And were it not that Allah defends mankind, some of them by means of the others, the earth would be full of disorder. But Allah is the Bestower of grace on the people of the world.

252. These are the signs of Allah, We have them recited to you with the absolute truth, and surely you (O Muhammad!) are indeed one of the Messengers.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi