Halaman 39
Tarjuman
Bahasa Melayu
238. Peliharalah segala solat fardhu, dan (peliharalah) solat wusta (solat asar), dan laksanakanlah kerana Allah (dalam solat kamu) dengan taat dan khusyuk.
239. Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka solatlah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman, maka hendaklah kamu mengingati Allah (dengan mengerjakan solat secara yang lebih sempurna), sebagaimana Allah telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya.
240. Dan orang yang (hampir) mati antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah sagu hati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh berpindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka daripada perkara yang patut (yang tidak dilarang syarak) itu. Dan (ingatlah) Allah Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana.
241. Dan isteri-isteri yang diceraikan, berhak mendapat mutaah (pemberian sagu hati) dengan cara yang sepatutnya, sebagai satu tanggungan yang wajib bagi orang yang bertakwa.
242. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu memahaminya.
243. Tidakkah engkau perhatikan (wahai Muhammad) tentang orang yang keluar (melarikan diri) dari kampung halamannya kerana takutkan mati, sedang mereka beribu-ribu ramainya? Maka Allah berfirman kepada mereka, “Matilah kamu,” kemudian Allah menghidupkan mereka. Sesungguhnya Allah mempunyai kurniaan terhadap manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.
244. Dan berperanglah kamu pada jalan Allah (kerana mempertahankan kebenaran agama-Nya) dan ketahuilah bahawa Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
245. Sesiapa orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman (infak) kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) maka Allah akan melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya. (Ingatlah) Allah jualah yang menyempit dan yang meluaskan (pemberian rezeki), dan kepada-Nyalah kamu semua dikembalikan.
English
238. Guard strictly your prayers, especially the middle prayer, and stand before Allah in a devout manner.
239. But if you are in danger, then (say your prayers) on foot, or while riding, but when you are safe, then remember Allah as He has taught you, which you knew not (before).
240. And those of you who die and leave wives behind, (there should be) a bequest for their wives for a year’s maintenance without being turned out, but if they (themselves) go away, there is no blame on you with regard to what they do concerning themselves, provided it is righteous. And Allah is Mighty, Wise.
241. And for the divorced women (also) there is to be provision with fairness, a duty incumbent on the pious.
242. Thus does Allah make clear to you His signs that you may understand.
243. Have you not considered (the case of) those who left their homes, and they were thousands, for fear of death? Allah said to them: “Die,” then He revived them. Surely Allah is the Bestower of grace upon mankind, but most mankind thank (Him) not.
244. And fight in the cause of Allah, and know that Allah is All-Hearing, All-Knowing.
245. Who is he that will lend unto Allah a beautiful loan, so He will double it for him manifold? And Allah withholds and increases, and to Him is your return.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul


