Halaman 38
Tarjuman
Bahasa Melayu
234. Dan orang yang meninggal dunia antara kamu, serta mereka meninggalkan isteri-isteri, hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis masa idahnya itu maka tidak ada salahnya bagi kamu (para wali) membiarkan mereka berbuat pada dirinya menurut cara yang baik (yang dibenarkan oleh syarak). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.
235. Dan tidak ada salahnya bagi kamu untuk meminang wanita-wanita itu dengan kiasan, atau kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut (atau mengingati) mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), tetapi janganlah kamu membuat janji kahwin dengan mereka secara sulit, selain daripada mengucapkan kata-kata yang sopan. Janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis idah yang ditetapkan itu. Ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati kamu, maka takutlah kepada-Nya, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyantun.
236. Tidaklah ada kewajipan membayar mas kahwin atas kamu, jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka atau (sebelum) kamu menetapkan mas kahwin untuk mereka. Walaupun demikian, hendaklah kamu memberi mutaah (pemberian sagu hati) kepada mereka (yang diceraikan itu). Iaitu, suami yang senang (hendaklah memberi sagu hati itu) menurut ukuran kemampuannya, dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian sagu hati menurut yang patut (menurut syarak), yang demikian merupakan ketentuan bagi orang yang berbuat kebaikan.
237. Dan jika kamu menceraikan mereka sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka, padahal kamu sudah menetapkan kadar mas kahwin untuk mereka, maka mereka berhak mendapat separuh daripada mas kahwin yang telah kamu tetapkan itu, kecuali jika mereka memaafkan (tidak menuntutnya) atau (pihak wali) yang memegang ikatan nikah itu memaafkannya. Perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada takwa. Janganlah pula kamu lupakan keutamaan (saling murah hati) sesama sendiri. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.
English
234. And (as for) those of you who die and leave wives behind, they should keep themselves in waiting for four months and ten days, then when they have completed their term, there is no blame on you in what they do with themselves in a fair way. And Allah is aware of what you do.
235. And there is no blame on you in respect of your offer of marriage to (such) women that you convey it secretly, or keep it concealed in your minds. Allah knows that you will remember them, but make no proposal to them in secret, save you speak an honourable saying, and resolve not on the marriage tie until the prescribed term is completed. And know that Allah knows what is in your minds, therefore, beware of Him. And know that Allah is Often Forgiving, Most Forbearing.
236. There is no blame on you if you divorce your wives whom you have not touched, or for whom you have not fixed a portion (of bridal money), and make provision for them, the wealthy according to his means and the straitened in circumstances according to his means, a provision with fairness, a duty incumbent on all doers of good.
237. And if you divorce them before you have touched them but you have appointed for them a certain portion (of bridal money), then (pay) half of what you have appointed unless they remit, or is remitted by the one in whose hands is the marriage tie, and if you remit, it is nearer to piety, and do not neglect kindness among yourselves, for Allah sees what you do.
Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi



