Surah Al-Baqarah-j2h36

Halaman 36

Tarjuman
Bahasa Melayu

225. Allah tidak mengira kamu bersalah disebabkan sumpah kamu yang tidak dimaksudkan (untuk bersumpah), tetapi Dia mengira kamu bersalah (dan akan mengenakan hukuman) disebabkan sumpah yang disengajakan oleh hati kamu (dengan niat bersumpah). (Ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun.

226. Kepada orang yang melakukan ila’ (bersumpah tidak akan mencampuri isteri-isteri mereka), diberikan tempoh empat bulan. Setelah itu jika mereka kembali (mencampurinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.

227. Dan jika mereka berazam hendak menjatuhkan talak (menceraikan isteri), maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

228. Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (daripada berkahwin) selama tiga kali quru’ (suci daripada haid). Mereka tidak boleh menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika mereka benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Suami- suami mereka pula berhak untuk merujuk (mengambil kembali) akan isteri-isteri itu dalam masa idah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai, dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (menurut syarak). Dalam pada itu, orang lelaki (suami- suami itu) mempunyai satu darjat melebihi mereka (isteri-isteri itu). (Ingatlah) Allah Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana.

229. Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah dia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik. Tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu daripada apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu), kecuali jika kedua-duanya (suami isteri) takut tidak dapat menegakkan hukum-hakam Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan hukum- hakam Allah, maka tidaklah mereka berdosa mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah hukum-hakam Allah, maka janganlah kamu melanggarnya dan sesiapa yang melanggar hukum-hakam Allah, maka mereka itulah orang yang zalim.

230. Sesudah (diceraikan dua kali) itu, jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga dia berkahwin dengan lelaki yang lain. Setelah itu kalau dia diceraikan (oleh suami yang baru itu dan habis idahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (berkahwin semula), jika mereka mengira akan dapat menegakkan hukum-hakam Allah. Itulah hukum-hakam Allah, diterangkannya kepada kaum yang (mahu) mengambil dan memahaminya.

English

225. Allah will not call you to account for oaths taken without thought, but He will call you to account for what your hearts have earned. For Allah is Often Forgiving, Most Forbearing.

226. Those who swear to abstain from (having sex with) their wives, must wait four months, then if they change their mind, surely Allah is Often Forgiving, Most Merciful.

227. And if they have resolved on divorce, then (also) Allah is surely All-Hearing, All-Knowing. 

228. And the divorced women must wait for three courses, and it is not lawful for them to conceal what Allah has formed in their wombs, if they believe in Allah and the Last Day. And their husbands have a right to take them back during this period, if they desire for reconciliation. And they (the wives) have a right against (their husbands) just as there is a right against them with fairness, but men have a degree (of responsibility) above them (the women). And Allah is All-Mighty, All-Wise.

229. Divorce (may be pronounced) twice, then there should be retained with fairness or released with goodness. And it is not lawful for you to take back anything out of what you have given them, unless they both fear that they will not be able to keep within the bounds of Allah. But if you fear that they both will not be able to keep within the bounds of Allah, there is no blame on either of them in what she gives up to be free. These are the bounds of Allah, therefore, exceed not the limits. And whoever exceeds the bounds of Allah, then such are the wrongdoers.

230. But if he (finally) divorces her (the third time), then (she) is not lawful for him until after she has married another husband, but if he also divorce her, then there is no blame on them both if they return to each other, provided they feel that they can keep within the bounds of Allah. And these are the bounds of Allah which He makes clear for people who understand.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi